Puteri Sarah & Syamsul Hadir Prosiding Sebutan Kes Cerai

puteri sarah syamsul sebutan kes cerai

Puteri Sarah & Syamsul Hadir Prosiding Sebutan Kes Cerai

Pengarah filem, Syamsul Yusof, 39, dan isterinya, Puteri Sarah, 38, hadir ke Kompleks Mahkamah Syariah bagi sebutan kes cerai.

Kedua-duanya datang secara berasingan, masing-masing jam 9 dan 9.38 pagi ini bagi menghadiri prosiding sebutan kes permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah.

Puteri Sarah sebagai plaintif telah mengemukakan permohonan cerai pada 16 Januari lalu, menerusi Tetuan Akberdin & Co dan meletakkan suaminya, Mohd Shamsul selaku defendan.

Untuk makluman, pasangan berkenaan telah mengikat tali perkahwinan pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Permohonan cerai difailkan dua bulan lalu

Sebelum ini, Puteri Sarah telah menfailkan permohonan cerai pada 16 Januari 2023, kira-kira dua bulan lalu. Peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah memberitahu pemberita sebutan kes ditetapkan pada 7 Mac.

Mereka turut menyerahkan saman berkenaan terhadap defendan dan beliau perlu menghadiri prosiding mahkamah pada tarikh tersebut.

Menurut Puteri Sarah, beliau berhasrat untuk bercerai dengan suami secara baik atas kebenaran mahkamah di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 disebabkan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq berpanjangan serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri mengikut hukum syarak.

Memetik Bernama, wanita berkenaan bersama anak-anak tidak lagi tinggal bersama defendan, sama ada di rumah mentua atau di rumah kelamin mereka di Taman Melawati.

“Hal ini berikutan akibat tekanan atau gangguan berpunca daripada pihak ketiga atau hubungan sulit defendan (Syamsul), sehingga beliau telah lama tidak pulang ke rumah kelamin tersebut.

“Saya percaya oleh kerana tiada persefahaman antara kedua-dua pihak, maka jika diteruskan mungkin akan mendatangkan kemudaratan kepada kami, khususnya diri saya, emosi saya dan anak-anak. Oleh itu, saya mohon mahkamah meluluskan permohonan perceraian ini,” katanya.

Defendan berkahwin dengan isteri kedua di Thailand

Terdahulu, Syamsul Yusof menamatkan teka teki apabila memaklumkan bahawa dirinya sudah pun selamat menikahi pempengaruh, Ira Kazar pada 6 Januari.

Perkahwinan di Thailand tersebut berwalikan ayah mentuanya, Kazar Saisi yang juga merupakan seorang pelakon terkenal tanah air.

”Ada sebab saya berkahwin disini, untuk memudahkan beberapa urusan dan ia sudah didaftarkan. Syukur, Alhamdulillah,” katanya.

Beliau ketika itu turut berkesempatan untuk menjelaskan bahawa Puteri Sarah masih menjadi isterinya yang sah.

BACA: Puteri Sarah Fail Cerai Terhadap Syamsul Yusof

Sumber: Sinar Harian

The post Puteri Sarah & Syamsul Hadir Prosiding Sebutan Kes Cerai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*