Qalbox Bekerjasama Dengan Durioo+ & IKIM Untuk Menyalurkan Kandungan Ramadan Kepada Penonton Seluruh Dunia

Qalbox Bekerjasama Dengan Durioo+ & IKIM Untuk Menyalurkan Kandungan Ramadan Kepada Penonton Seluruh Dunia

Kuala Lumpur, 27 Mac 2024 – Dalam langkah strategik yang direka untuk meningkatkan pengalaman hiburan bagi keluarga Muslim semasa bulan Ramadan, Qalbox oleh Muslim Pro, sebuah platform SVOD global, mengumumkan kerjasama dengan Durioo+, pembekal kandungan Islam yang terkenal dengan fokus kepada hiburan mesra kanak-kanak Muslim, dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), salah satu rangkaian Islam yang terkemuka di Asia.

qalbox durioo+ & ikim

Durioo+ akan memperkenalkan rancangan yang disesuaikan dengan keperluan pendidikan dan hiburan bagi keluarga Muslim. Sementara itu, IKIM akan menyumbangkan pelbagai kandungan termasuk dokumentari, siri pendidikan, dan program yang menampilkan ulama terkemuka, menawarkan pemahaman yang lebih mendalam tentang prinsip-prinsip asas Islam kepada penonton.

Melayani permintaan yang semakin meningkat untuk hiburan yang selari dengan prinsip-prinsip Islam, Qalbox komited untuk menyampaikan kandungan yang bermakna secara rohani buat pengguna mereka dalam menjalani bulan Ramadan yang suci.

Fara Abdullah, Ketua Pegawai Strategi, Muslim Pro & Qalbox berkata, “Dengan berkerjasama dengan organisasi terkemuka seperti Durioo+ dan IKIM, ia membolehkan kami menyajikan pelbagai program yang memenuhi keperluan pendidikan dan hiburan bagi keluarga Muslim, bukan hanya di Malaysia tetapi juga diperingkat global, sambil memupuk pemahaman yang lebih mendalam tentang nilai-nilai Islam, lebih-lebih di bulan yang suci ini.”

Durioo+ akan Menyusun Rancangan Menarik yang Disesuaikan untuk Keluarga Muslim

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Durioo+ bertekad untuk memperkaya pengalaman menonton Qalbox Ramadan ini dengan rangkaian kandungan kanak-kanak yang menarik. Pilihan terpilih ini merangkumi rancangan popular seperti Little Ammar, dan Mina & Mila, yang menyentuh aspirasi keluarga Muslim untuk hiburan dan pendidikan.

“Kerjasama dengan Qalbox sejajar dengan misi kami untuk menyediakan kandungan yang berkualiti tinggi, menghibur, dan mendidik yang memupuk nilai-nilai dan tradisi Islam. Rancangan kami direka untuk membangkitkan rasa ingin tahu kanak-kanak dan menginspirasi kecintaan untuk mempelajari agama mereka dengan cara yang menyeronokkan dan menarik. Kami yakin bahawa kerjasama ini akan menyumbang kepada pengalaman Ramadan yang mengperkayakan penonton di Qalbox and Durioo+. Kerjasama ini juga melayakkan pengguna Qalbox mendapat harga istimewa untuk langganan kepada pengalaman penuh Durioo+,” kata Sinan Ismail, Pengasas Durioo+.

IKIM Menguatkan Senarai Kandungan Qalbox dengan Tumpuan pada Pemerkayaan Islam

Sumbangan IKIM kepada senarai Ramadan Qalbox* akan mempersembahkan pelbagai kandungan yang merangkumi produksi daripada komuniti Muslim global. Rancangan yang mereka tawarkan akan menyelami asas-asas utama Islam, memberikan penonton pemahaman yang lebih mendalam tentang rukun asas agama.

“Kami berbesar hati untuk menjalin kerjasama dengan Qalbox dan berbesar hati untuk menyediakan sumber yang bernilai bagi penonton yang ingin memperkukuhkan landasan rohanil mereka dan menjalani bulan Ramadan dengan cara yang bermakna. Sumbangan kami kepada senarai Ramadan Qalbox mencerminkan komitmen kami untuk mempromosikan pemahaman yang lebih mendalam tentang prinsip-prinsip asas Islam dalam kalangan komuniti Muslim global,” kata Tuan Haji Ahmad Fuad bin Mat Ali, Pengarah Pusat Media, IKIM.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Muslim Pro menawarkan diskaun istimewa sebanyak 50% untuk langganan Premium Tahunan Muslim Pro kepada 500 pendengar pertama IKIMfm. Hanya perlu muat turun aplikasi Muslim Pro dan langgan akaun dengan kod IKIM untuk menikmati diskaun istimewa ini, atau layari https://muslimpro.com/ikim. Untuk maklumat lanjut, dengarkan IKIMfm setiap Sabtu, jam 6.30 petang dan Selasa, jam 3.10 petang.

Jangan lepaskan tajuk-tajuk ini di Qalbox melalui pelayar web (www.qalbox.com) atau aplikasi Muslim Pro, yang boleh didapati di Play Store Android dan Apple App Store. Pengguna percuma Qalbox juga akan dapat akses penuh percuma ke Qalbox untuk tempoh terhad dari 29 hingga 31 Mac 2024 bersempena dengan tawaran “Istimewa Hujung Minggu Nuzul Al-Quran” -nya. Muat turun aplikasi Muslim Pro dan daftar akaun Qalbox sekarang untuk menikmati pratinjau eksklusif ini (tontonan mudah alih dan web sahaja).

The post Qalbox Bekerjasama Dengan Durioo+ & IKIM Untuk Menyalurkan Kandungan Ramadan Kepada Penonton Seluruh Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*