Raja Dadah Thailand Akhirnya Dicekup, Buat Pembedahan Plastik Jadi ‘Oppa’ Korea Elak Polis

raja dadah thailand dicekup

Raja Dadah Thailand Akhirnya Dicekup, Buat Pembedahan Plastik Jadi ‘Oppa’ Korea Elak Polis

Polis Thailand dilaporkan berjaya menahan seorang tokan dadah yang nekad melakukan pembedahan plastik untuk menyerupai lelaki Korea bagi mengelak daripada ditangkap.

Memetik The Thaiger, lelaki yang merupakan raja dadah paling dikehendaki di Thailand itu turut menukar namanya kepada nama lelaki Korea.

Polis dilaporkan berjaya menahan lelaki berusia 25 tahun itu di sebuah kondominium di daerah Bang Na, Bangkok.

Lelaki berkenaan ditangkap oleh polis selepas waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Thailand pada 2 Disember lalu.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Lelaki itu mengaku mengimport sejumlah besar MDMA dari negara-negara Eropah ke Thailand dengan membuat pesanan dari ‘dark web’ dan membayarnya menggunakan bitcoin.

Dadah itu kemudiannya dijual kepada pelanggan di Bangkok dan kawasan sekitarnya.

Raja dadah itu telah menjalani banyak pembedahan plastik selama bertahun-tahun bagi mengelak dari dikesan oleh pihak polis.

Pada 11 November tahun lalu, pegawai kastam Thailand telah menemui 2,575 gram MDMA dan 290 pil ekstasi di dalam kotak ‘puzzle jigsaw’. Polis percaya bahawa bungkusan itu merupakan milik pengedar dadah terbabit.

Polis berjaya mengumpul bukti dan Mahkamah Jenayah Thailand kemudiannya mengeluarkan waran tangkap pada 2 Disember 2022.

Bagaimanapun, polis tidak berjaya untuk mengesan keberadaannya.

Polis terpaksa menggunakan taktik lama bagi memancing tokan dadah tersebut. Seorang pegawai polis dilaporkan telah menyamar dan berpura-pura berminat untuk bekerja sebagai keldai dadah di Bangkok dan berjaya menghubunginya.

Tokan dadah itu kemudiannya bersetuju untuk memesan dadah di ‘dark web’ dan menghantarnya ke keldai dadah untuk dijual di Bangkok.

Tokan dadah tersebut sempat memberitahu polis yang menyamar bahawa dia masih berada di Bangkok dan akan berpindah ke Korea Selatan.

Raja dadah Thailand dicekup

Polis yang menyamar itu berjaya mendapatkan maklumat tentang keberadaan tokan dadah itu yang tinggal di sebuah kondominium mewah di Bang Na.

Sewaktu operasi serbuan dilakukan, polis terkejut selepas mendapati tokan dadah berkenaan telah bertukar wajah menjadi “lelaki Korea yang kacak”.

Tokan dadah buat pembedahan plastik
Kredit The Thaiger

Tokan dadah itu telah menjalani banyak pembedahan plastik sehingga polis berkata ” wajah aslinya sudah berubah sepenuhnya”. Dia juga telah bertindak menukar namanya kepada Jimin Cheong.

“Jimin ditahan kerana disyaki mengimport narkotik Kategori 1 (MDMA) ke Thailand untuk diedarkan. Polis juga berjaya merampas dua telefon bimbit yang digunakannya untuk melakukan proses mengimport dadah dan 22 lagi aset lain.

Polis Mejar Jeneral, Thammasutee berkata: “Penjenayah ini adalah salah satu punca utama wabak MDMA di Bangkok. Hampir tiga bulan kami mencarinya. Dia menjalani pembedahan untuk menyamar.

“Dia adalah raja dadah yang mengimport MDMA dari Eropah pada usia baru 25 tahun. Kami percaya terdapat lebih ramai suspek di negara asing. Kami akan meneruskan siasatan kami.” kata Thammasutee lagi.

Sumber: The Thaiger

The post Raja Dadah Thailand Akhirnya Dicekup, Buat Pembedahan Plastik Jadi ‘Oppa’ Korea Elak Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*