Raja Terakhir Greece, Constantine ll Mangkat Pada Usia 82 Tahun

Raja terakhir Greece, Constantine II dilaporkan telah mangkat di sebuah hospital swasta pada usia 82 tahun, semalam.

Memetik laporan Metro UK, Constantine II telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Athens pada minggu lalu setelah mengalami masalah pernafasan.

Media Greek telah melaporkan kematian baginda berpunca daripada angin ahmar.

Dalam pada itu, kakitangan di hospital Hygeia turut mengesahkan bahawa Constantine II menghembuskan nafas terakhir selepas mendapat rawatan di unit rawatan rapi, namun butiran lanjut masih belum dapat dipastikan.

Untuk pengetahuan, baginda telah memegang takhta dan memerintah sebagai raja terakhir Greece dari Mac 1964 sehingga monarki negara itu dimansuhkan pada tahun 1973.

Baginda dan isterinya, Ratu Anne-Marie dikurniakan 5 orang anak dan telah menetap di Hampstead di utara London selama beberapa tahun sebelum baginda menjual hartanya pada tahun 2013.

Selain itu, baginda juga merupakan seorang pelayar yang kompetitif dan telah memenangi pingat emas dalam acara berpasukan di Sukan Olimpik 1960 di Rom, Itali.

Baginda kemudiannya berkhidmat dalam Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun 1963 sehingga tahun 1974.

Sumber: Metro UK

The post Raja Terakhir Greece, Constantine ll Mangkat Pada Usia 82 Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*