Thailand Perkenal Bayaran Pelancong Asing RM40 Mulai Jun

thailand yuran pelancong

Kerajaan Thailand merancang untuk memperkenalkan bayaran pelancongan berjumlah RM40 yang akan dikenakan kepada pelancong asing yang tiba di negara itu mulai Jun, lapor The Thaiger.

Menteri Pelancongan dan Sukan Phiphat Ratchakitprakam berkata cadangan bayaran pelancong itu mula dipertimbangkan pada tahun lalu dan tertakluk kepada kelulusan Kabinet selepas ditangguhkan ekoran penyebaran varian Covid di seluruh negara.

Semalam, beliau mengumumkan mengenai butiran yuran itu yang akan dikenakan pada bulan Jun.

“Wang yang dikumpul akan digunakan untuk memberi perlindungan kepada pelawat yang terlibat dalam kemalangan dan membangunkan destinasi pelancongan.

“Bayaran tidak akan dikutip daripada warga asing yang mempunyai permit kerja dan pas sempadan,” katanya.

Menurutnya, pelancongan merupakan sektor yang penting dalam ekonomi Thailand sebagai negara kedua terbesar kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Asia Tenggara.

Difahamkan juga, ia turut menyumbang kira-kira 12 peratus secara kasar dalam negara sebelum wabak Covid berlaku.

“Perbelanjaan pelancongan dijangka mencecah sekurang-kurangnya RM10.4 trilion tahun ini,” tambahnya.

Tahun lepas, kerajaan mengumumkan mengenai yuran pelancongan yang dikenakan kepada semua warga asing dan tiada pengecualian diberikan kepada pelancong.

Yuran itu akan menyediakan perlindungan insurans dengan nilai RM65,000 untuk setiap orang selama sebulan semasa mereka berada di Thailand.

Bagi penumpang udara, ia akan dimasukkan dalam tambang penerbangan mereka, namun polisi tersebut masih tidak jelas sama ada masih dilaksanakan atau tidak.

Sekiranya kerajaan bercadang untuk melaksanakan bayaran pelancong pada Jun, ia perlu mendapatkan kelulusan Kabinet pada bulan depan.

Selepas disahkan, ia perlu dilaksanakan berkuat kuasa selepas 90 hari apabila ia diterbitkan dalam Warta Diraja.

Sumber: The Thaiger

The post Thailand Perkenal Bayaran Pelancong Asing RM40 Mulai Jun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*