Ramadan Tiba Lagi, Ini Senarai Negara Yang Berpuasa Paling Lama & Singkat

berpuasa paling lama & singkat

Ramadan Tiba Lagi, Ini Senarai Negara Yang Berpuasa Paling Lama & Singkat

Sudah tentu Ramadan merupakan bulan yang paling ditunggu-tunggu bagi mereka yang bergelar umat Islam. Dalam bulan ini, umat Islam diberikan pelbagai nikmat serta keberkatan.

Berpuasa pada bulan Ramadan juga disebutkan dalam Rukun Islam ketiga. Sudah tentu, setiap umat Islam yang telah cukup syarat diwajibkan untuk berpuasa

Umum mengetahui, puasa bermula dari Subuh hingga masuk waktu Maghrib. Dalam tempoh ini, umat islam dilarang untuk makan, minum atau melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa.

Walaupun semua umat Islam menyambut ketibaan bulan ini, namun, waktu berpuasa bagi setiap tempat di seluruh dunia adalah berbeza-beza. Ada yang berpuasa paling lama dan singkat.

Waktu Berpuasa 

Gambar: Thomas Wirth/AFP

Tahun ini kebanyakan umat Islam di seluruh dunia dijangka menyambut kedatangan bulan suci itu pada 23 Mac.

Umumnya, waktu berpuasa yang berbeza disebabkan tempoh hari yang berbeza dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain. Ia mempunyai kaitan dengan masa dalam setahun dan jarak dari garisan Khatulistiwa.

Oleh itu, terdapat negara yang mempunyai waktu puasa yang lebih panjang (waktu siangnya melebihi waktu malam). Manakala ada juga yang mempunyai waktu berpuasa yang lebih singkat.

BACA JUGA: Berbuka Puasa Lebih Awal Dari Waktunya, Sah Atau Tidak?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti senarai negara yang mempunyai waktu berbeza.

Waktu berpuasa paling lama 2023

Nuuk, Greenland

Untuk pengetahuan, negara yang diramal mempunyai tempoh berpuasa paling lama adalah di Nuuk, Greenland. Hal ini kerana waktu siang di sana adalah selama 20 jam.

Glasgow, Scotland

Manakala negara yang kedua berpuasa paling lama adalah di kawasan Glasgow, Scotland selama 17 jam sehari.

London, United Kingdom

Selain itu, negara yang senasib dengan Greenland dan Poland adalah di London, England dan United Kingdom. Bagi umat Islam di sana, mereka dijangka berpuasa selama 16 hingga 17 jam disebabkan waktu siang yang lama.

Paris, Perancis

Waktu Puasa Negara
Gambar: Sameer Al- Doumy /AFP

Selain itu, kota Paris juga berkongsi waktu siang yang sama dengan London iaitu 16 hingga 17 jam bagi tahun ini.

Ottowa, Kanada

Terletak di Utara Amerika Utara, masyarakat Islam di Kanada perlu mengikat perut selama 15 hingga 17 jam. Selain Ottowa Kanada, antara negara lain yang mempunyai waktu yang sama bagi bulan Ramadan adalah Lisbon (Portugal), Athens (Greece), Beijing (China), Washington DC (AS), Pyongyang (Korea Utara), dan Ankara (Turki).

Reykjavik, Iceland

Muslim yang berada di Reykjavik juga perlu menempuhi tempoh waktu berpuasa yang panjang iaitu selama 18 jam sehari.

Helsinki, Finland

Lebih kurang sama dengan beberapa negara lain seperti yang disenaraikan di atas, waktu berpuasa  di Helsinki adalah selama 17 jam sehari.

Zurich, Switzerland/Rome, Itali/ Madrid, Sepanyol

Umat Islam di ketiga-tiga bandar tersebut dijangka akan berpuasa selama 15 jam sehari.

Negara Yang Mengalami Waktu Berpuasa Singkat

Kebiasaannya, negara-negara yang mempunyai waktu berpuasa singkat disebabkan waktu malam yang lebih panjang.

Antara negara yang mempunyai waktu berpuasa yang singkat adalah Christchurch, New Zealand, Puerto Montt, Chile dan Buenos Aires, Argentina yang akan berpuasa selama 12 jam sehari.

BACA JUGA: Wanita Kongsi Tips Sahur Kenyang Lama Siap Boleh Turun Berat 10 Kg Sebulan

Purata Waktu Puasa Di Seluruh Dunia (Negara)

Secara purata, waktu berpuasa bagi seluruh umat Islam adalah antara 13 hingga 14 jam walaupun setiap kawasan mewakili spektrum yang berbeza.

Perbezaan Puasa Di Setiap Benua

Waktu Puasa Negara
Gambar: CHRIS DELMAS/AFP

Di Timur Tengah, kebanyakan negara seperti UAE, Arab Saudi, Qatar dan lain-lain berpuasa selama 14 hingga 15 jam sehari. Walau bagaimanapun, menunaikan Rukun Islam ketiga di negara ini sangatlah mencabar. Hal ini terbukti dengan bentuk muka buminya yang gersang dan cuaca panas.

Sebaliknya, umat Islam di Asia Tenggara pula mempunyai purata waktu siang antara 12 jam hingga 14 jam. Jika dibandingkan dengan kawasan di hemisfera utara. Antara negara yang berada di kawasan ini seperti Thailand, Indonesia, Vietnam dan termasuklah Malaysia.

Negara-negara di Afrika umumnya menjalani ibadah puasa kira-kira 13 jam hingga 14 jam dalam sehari. Antara negara yang terlibat misalnya Ethiopia, Senegal, dan Nigeria.

Bagaimanapun, Afrika Selatan tidak tergolong dalam kelompok ini  kerana berpuasa dari 11 jam hingga 12 jam sehari.

Di Amerika Utara, negara seperti Argentina, Brazil, Chile dan lain-lain majoriti berpuasa selama 11 hingga 13 jam sehari.

Sebaliknya, umat Islam yang menetap di benua Amerika Selatan pula mengalami waktu puasa yang lebih panjang. Purata waktu berpuasa di negara-negara ini adalah 15 hingga 16 jam sehari. Negara tersebut adalah seperti Kanada dan Amerika Syarikat.

Bagi benua Eropah, umat Islam di negara rantau ini secara purata puasa antara 16 hingga 17 jam sehari. Sebagai contoh, Perancis dan Switzerland.

Sumber: Al Arabiya, Wego.com

The post Ramadan Tiba Lagi, Ini Senarai Negara Yang Berpuasa Paling Lama & Singkat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*