Rapid Rail Sahkan Tayar Monorel Terbakar, Perkhidmatan Beroperasi Seperti Biasa

tayar monorel jatuh

Rapid Rail Sahkan Tayar Monorel Terbakar, Perkhidmatan Beroperasi Seperti Biasa

KUALA LUMPUR — Rapid Rail Sdn Bhd mengesahkan terdapat kebakaran kecil pada salah satu tayar tren monorel bernombor 23 yang sedang dalam perjalanan menghala ke Titiwangsa.

Syarikat itu memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Difahamkan, kejadian disedari oleh pemandu tren apabila terdapat kepulan asap yang keluar dari sisi tren ketika menghampiri Stesen Chow Kit pada jam 12.46 tengah hari.

Tindakan pantas pemandu itu dikatakan berjaya mengawal keadaan.

“Sebagai langkah keselamatan, semua penumpang telah diminta turun di stesen berkenaan dan tren tersebut segera ditamatkan perkhidmatan.

“Tren tersebut telah dibawa ke “end track” di Stesen Titiwangsa bagi tujuan pemeriksaan oleh pihak teknikal. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kebakaran kecil di pada salah satu tayar,”  maklum Rapid Rail lagi.

Kebakaran bagaimanapun telah berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.03 petang. Serpihan tayar berkenaan telah jatuh ke atas jalan raya akibat daripada kebakaran.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan atau kecederaan dilaporkan berlaku.

Sehubungan itu, pihak Rapid Rail akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan dan mencari punca yang menyebabkan berlakunya insiden ini.

BACA JUGA: Penyanyi Veteran, Datuk M Daud Kilau Meninggal Dunia

“Tindakan pantas pemandu tren mengeluarkan penumpang di stesen telah mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini.

“Langkah ini juga berjaya mengelakkan berlaku sebarang gangguan kepada perkhidmatan. Ketika kejadian, jadual perkhidmatan Laluan Monorel beroperasi seperi biasa,” jelas kenyataan itu lagi.

Maklum Rapid Rail lagi, pemandu tren Rapid KL telah dilatih untuk mengendalikan situasi kecemasan atau luar jangka seperti tindakan segara mengosongkan tren sekiranya terdapat sebarang tanda-tanda amaran atau abnormal.

Sumber: Rapid KL

The post Rapid Rail Sahkan Tayar Monorel Terbakar, Perkhidmatan Beroperasi Seperti Biasa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*