“Rasa Sejuk Badan,” Lelaki Kongsi Cara Buat ‘Air Hutan’

cara buat air hutan

“Rasa Sejuk Badan,” Lelaki Kongsi Cara Buat ‘Air Hutan’

Kalau cuaca terik, kebiasaanya kita mesti akan cari minuman yang menyegarkan untuk melegakan badan, dengan harapan dapat menghilangkan rasa kering di bahagian kerongkong.

Pilihan air yang selalu kita pilih semestinya air buah, air bergas dan air yang mengandungi bahan-bahan segar seperti daun pudina. Apabila minum minuman tersebut sedikit sebanyak ia membantu menghilangkan rasa dahaga.

Selalunya, air tersebut boleh didapati di pasar malam, tepi jalan atau gerai-gerai makanan yang berdekatan dengan rumah atau pejabat.

Kalau nak tahu, air yang menyegarkan itu sebenarnya boleh dibuat di rumah sekiranya tahu cara untuk membuatnya.

Kalau kita perhatikan, bahan yang digunakan tidaklah sukar untuk didapati, hanya perlu ada sifat rajin sahaja untuk membuat air itu.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Nasi Briyani Kukus Padu di Facebook,  ia mengajar mengenai cara untuk membuat air tersebut sambil menunjukkan caranya.

Ujarnya, air tersebut sering dibuat oleh isterinya dan disebabkan ia sedap untuk dinikmati, dia membuat keputusan untuk berkongsi resipi tersebut.

Air tersebut diberi nama Air Hutan disebabkan bahan-bahannya merupakan tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam masakan.

Sesekali mencuba, apa salahnya? Mari ikuti resipi itu dibawah ini untuk mengetahui cara buat Air Hutan.

BACA: Tak Guna Bawang Merah, Ini Resipi Kuetiau Basah “Simple”

Resipi Air Hutan

Kredit: Nasi Briyani Kukus Padu/Facebook

Bahan-bahan yang diperlukan:

Ais (tiga paket ais)

Air soda F&N (tiga botol)

Daun pudina

Serai

Laici (tiga tin)

Sari kelapa (nata de coco)

Lemon

Cara-cara penyediaan:

1. Mula-mula sediakan balang air untuk membuat air tersebut.

2. Kemudian, isikan balang tersebut dengan ais. Ikut sukatan sendiri. Sekiranya menggunakan balang seperti dalam video, boleh masukkan dua atau tiga paket ais.

3. Seterusnya, masukkan air soda F&N tiga botol, daun pudina, asam boi, serai yang diketuk dan masukkan laici.

4. Masukkan sari kelapa (nata de coco), lemon dan kacau sebati.

5. Dan siap untuk dihidang!

Nota kaki: Tidak  perlu masukkan gula, hanya masukkan bahan yang disediakan sahaja.

Sumber: Nasi Briyani Kukus Padu/Facebook

BACA: Kecur Air Liur, Ini Resipi Mudah Buat Tauhu Bergedil

The post “Rasa Sejuk Badan,” Lelaki Kongsi Cara Buat ‘Air Hutan’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*