“Allah Beri Pinjam 10 Minggu Sahaja,” Isteri Da’i Syed Keguguran

isteri da'i syed keguguran

“Allah Beri Pinjam 10 Minggu Sahaja,” Isteri Da’i Syed Keguguran

Isteri pendakwah selebriti, Da’i Syed iaitu Hana Ismail dilaporkan mengalami keguguran ketika kandungan mencecah usia 10 minggu.

Berita sedih itu dikongsi oleh Syed menerusi Instagram miliknya.

Dalam satu hantaran, pendakwah berusia 28 tahun itu meluahkan rasa sedih atas kejadian yang menimpa keluarganya.

Syed yang terkesan dengan pemergian zuriat pertamanya itu mengatakan amat berat baginya untuk mengumumkan berita sedih itu kepada umum.

Jelasnya, setiap pasangan semestinya mahukan cahaya mata sebagai penyeri dalam kehidupan.

Bagaimanapun, kegembiraan yang dipinjam oleh Allah S.W.T itu hanya bersifat sementara.

“Berat hati ini ingin khabarkan. Semua pasangan suami dan isteri inginkan cahaya mata.

“Sejujurnya, isteri saya memang mengandung.

“Tetapi Allah hanya memberi pinjaman ini hanya 10 minggu sahaja,” tulisnya di Instagram pada Rabu.

Video yang dimuat naik itu menunjukkan Syed sedang menenangkan isterinya yang terlantar di atas katil wad hospital.

BACA: Neelofa ‘Payung’ Muka Anak Keduanya Di Media Sosial

Kongsi detik isteri umum hamil

Memunggah di laman Instastory (IGs), Syed menceritakan semula mengenai berita kehamilan isterinya.

Katanya, dia merupakan lelaki paling bahagia ketika isterinya menunjukkan keputusan ujian kehamilan kepadanya.

“Paling bahagia sekali bila dia tunjuk ini (ujian kehamilan pada aku).

“Lepas seminggu dapat tahu Hana mengandung, kami mula pergi cek (doktor). Dah ada kantung masa itu.

“Happy sangat sebab nak jadi ayah,” luahnya.

Kredit: daisyed_/Instagram
Kredit: daisyed_/Instagram

Pun begitu, kegembiraan itu tidak kekal lama apabila isterinya keguguran membuatkan dia menyedari kehebatan dan kekuasaan Allah S.W.T.

Walau bagaimanapun, dia berlapang dada menerima ketentuan yang telah tertulis olehNya.

“Kegembiraan jadi ayah kelmarin sama kesedihan untuk hari ini.

“Kegembiraan dan kesedihan semua miliknya. Allah boleh beri dan Allah juga boleh ambil.

“Walaupun anak kami belum ditiupkan roh lagi, semoga anak sulung kami di berkati Allah.

Kredit: daisyed_/Instagram

Sebelum ini, pasangan tersebut memberi bayangan bahawa keluarga mereka bakal menerima kelahiran penyeri pertama.

Perkara itu dikongsikan melalui video yang mempromosikan produk kesihatan wanita di akaun Instagram dia dan pasangan.

Peminat percaya bahawa Hana sedang berbadan dua kerana Syed memegang sekeping foto imbasan bayi di akhir video.

Sumber: daisyed_/Instagram

The post “Allah Beri Pinjam 10 Minggu Sahaja,” Isteri Da’i Syed Keguguran appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*