Wanita Cipta Rekod, Berenang Sejauh 2.5km Di  Lautan Antartika

rekod berenang lautan antartika

Wanita Cipta Rekod, Berenang Sejauh 2.5km Di  Lautan Antartika

ANTARTIKA — Barbara Hernandez dari Chile menjadi orang pertama mencipta rekod selepas berenang sejauh 2.5 kilometer (km) atau 1.5 batu di Lautan Antartika.

Perenang berusia 37 tahun itu melengkapkan pencapaian menakjubkan dalam masa 45 minit 30 saat pada 5 Februari lalu.

Sewaktu melakukan renangan di lautan beku itu, dia hanya memakai pakaian renang biasa tanpa sebarang alatan tambahan.

Difahamkan, suhu air mencecah hampir 2 darjah Celsius (35.6 Fahrenheit).

“Cabaran terbesar saya ialah ketakutan dan bukannya orang. Takut gagal. Takut orang tidak percayakan saya. Oleh itu, perasaan ialah musuh utama saya,” kata Barbara kepada AFP selepas menamatkan pencapaiannya.

Rekod tersebut diiktiraf oleh Persatuan Renang Musim Sejuk Antarabangsa. Tambahnya, dia berharap rekod itu juga tercatat dalam Rekod Dunia Guinness.

Selain itu, dia turut digelar sebagai “The Ice Mermaid”. Difahamkan, Barbara memulakan renangan dari kapal Tentera Laut Chile berhampiran Pulau Greenwich di Antartika.

Jarak berkenaan bersamaan 25 padang bola sepak.

BACA JUGA: Kisah Pencatur Cilik, Umur Baru 10 Tahun Cipta Rekod, Berjaya Kalahkan Grandmaster

“Saya berasa seperti sesuatu yang sejuk menusuk ke hati saya. Saya rasa ia tanda hipotermia dengan risiko serangan jantung yang boleh menyebabkan kematian.

“Ia merupakan satu renangan yang sangat sukar. Sewaktu jarak satu batu, saya rasa tidak akan sampai ke pelampung. Lengan terasa semakin berat. Namun saya tetap teruskannya,” jelasnya lagi.

Maklum Barbara lagi, dia telah lama mengimpikan detik itu selama hampir sedekad. Ia bukan sahaja untuk mencabar kemampuannya malah menggunakan gelarannya untuk memupuk kesedaran perlindungan marin.

“Apa yang menakutkan saya ialah Antartika terus cair. Perkara itu sangat menakutkan. Ketika saya berenang, itu adalah salah satu perkara yang saya fikirkan.

“Kaki saya sakit, tetapi saya tetap kuat. Saya berfikir ini bukan hanya untuk saya namun ia adalah untuk memberi galakan,” katanya.

Sewaktu di Greenwich, suhu badannya hanya 27 darjah Celsius. Ia jauh dengan purata suhu normal iaitu 37 darjah Celsius.

Maklum Barbara, cabaran seterusnya ialah menakluki Oceans Seven dengan berenang merentasi tujuh selat di seluruh dunia dan berakhir di Jepun pada Ogos.

Terdahulu, Pusat Data Salji dan Ais Kebangsaan di Amerika Syarikat melaporkan bahawa kawasan Lautan Antartika yang dilitupi ais telah menyusut ke paras terendah pada minggu lalu.

Sumber: AFP via France24

The post Wanita Cipta Rekod, Berenang Sejauh 2.5km Di  Lautan Antartika appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*