Rekod “Invincibles” Masih Kekal Milik Arsenal

rekod invincible arsenal

Selepas kekalahan Tottenham Hotspurs awal pagi tadi, semua pasukan di Liga Perdana Inggeris sudah rasa nikmat kekalahan musim ini. Ini juga bermakna rekod The Invincibles pasukan Arsenal yang dicipta hampir 20 tahun yang lalu masih kekal “hanya” milik mereka sehingga kini.

Seperti semua maklum, Liga Perdana Inggeris atau Premier League (PL) adalah antara liga terbaik di dunia. Bukan sahaja menghimpunkan pemain-pemain berkelas bintang, malah turut menghimpunkan pengurus-pengurus terbaik dunia seperti Guardiola, Jurgen Klopp dan Mikel Arteta.

Hanya Milik Arsenal Hingga Kini

Bukan mudah satu pasukan untuk mencipta rekod tanpa kalah sepanjang 38 perlawanan untuk satu musim. Itulah yang pernah dicipta Arsenal pada musim 2003/04 dibawah kendalian Arsene Wenger. Gelaran Invincibles itu juga masih teguh milik Arsenal hingga kini.

rekod invincible arsenal

Pada musim tersebut, Arsenal mencatat 26 kemenangan dan 12 keputusan seri. Mereka berjaya mengumpul 90 mata dan dinobat juara liga pada musim tersebut. Walaupun Manchester City bersama Guardiola memegang rekod pungutan mata paling banyak (100 mata semusim) namun tiada pasukan mampu kekalkan rekod tanpa kalah.

Skuad Invincibles

Antara pemain-pemain yang membarisi pasukan Arsenal waktu itu diketuai oleh Patrick Viera dan diperkuat dengan jentera serangan oleh Thierry Henry, Antonio Reyes dan Dennis Bergkamp. Antara pemain tengah ketika itu pula ialah Robert Pires, Frederick Ljungberg dan Gilberto Silva.

Barisan pertahanan juga menjadi tonggak penting dalam mencipta rekod Invincibles ini yang dibarisi oleh Ashley Cole, Gael Clichy, Sol Campbell dan Kolo Toure. Penjaga gol utama Arsenal ketika itu siapa lagi kalau bukan legenda Arsenal, Jens Lehmann.

Taktikal

Pada musim itu, Arsene Wenger menerapkan formasi 4-4-2. Formasi ini pernah digelar Basic Formation Football apabila ramai jurulatih mempraktikkan formasi yang sama di seluruh dunia.

Formasi ini juga boleh disebut sebagai 4-2-3-1 apabila Bergkamp sentiasa jatuh ke posisi No.10 di antara bahagian serangan dan pertahanan. Thierry Henry menjadi watak penting Arsenal musim itu apabila mencetak gol terbanyak dan Robert Pires pula menyumbang 14 gol dibelakang Henry.

Peranan Fredderick Ljungberg juga tidak kurang pentingnya. Watak beliau sebagai pemain box-to-box sangat diperlukan Arsene Wenger di bahagian sayap kanan. Beliau sentiasa menyinar dalam perlawanan penting dan antara tunjang utama pasukan Arsenal.

rekod invincible arsenal

Seperti yang ditulis awal tadi, barisan pertahanan Arsenal antara penyebab rekod tanpa kalah ini tercipta. Arsenal hanya bolos 26 gol sahaja musim itu. Jelas kereta kebal yang diketuai Sol Campbell benar-benar ampuh waktu itu. Bak kata Sir Alex Ferguson, “Attack wins you games, Defence wins you titles”

Begitulah serba sedikit mengenai rekod Invincibles yang dipegang Arsenal. Sehingga kini Arsenal masih lagi boleh berbangga dengan rekod tersebut kerana tiada pasukan mampu melakukannya sekali lagi walaupun sudah menjangkau hampir 20 tahun.

Sumber: MY Gooners 

BACA: Pasukan Liga Super Wajib Siapkan Pasukan Belia dan Presiden

The post Rekod “Invincibles” Masih Kekal Milik Arsenal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*