Wanita Datang Klinik Mengadu Tak Selesa, Doktor Terkejut Temui Lipas ‘Menyorok’ Dalam Alat Sulitnya

lipas dalam alat sulitnya

Wanita Datang Klinik Mengadu Tak Selesa, Doktor Terkejut Temui Lipas ‘Menyorok’ Dalam Alat Sulitnya

Seekor lipas telah berjaya dikeluarkan daripada faraj seorang wanita yang mengadu ke doktor kerana berasa “tidak selesa” pada kemaluannya, lapor Daily Mail.

Pesakit yang tidak dinamakan itu dilaporkan telah datang ke klinik di Honduras untuk mendapatkan rawatan selepas berasa “gelisah dan berpeluh” di bahagian sulitnya.

Pesakit itu juga dikatakan tidak dapat tidur malam sebelumnya kerana berasa tidak selesa sepanjang serangga perosak itu berada di dalam farajnya.

Selepas pemeriksaan dijalankan, doktor terkejut apabila mendapati terdapat serangga yang sudah mati berada di bahagian sulit wanita tersebut.

Serangga itu kemudiannya segera dikeluarkan dan mangsa terus dibenarkan pulang selepas pemeriksaan dijalankan ke atasnya.

Pakar perubatan yang merawat wanita itu di Tegucigalpa berkata bahawa sebelum ini mereka pernah menerima pesakit yang mempunyai masalah dengan kondom dan alat mainan seks di bahagian sulit.

Doktor yang merawat itu sangat cemas sebaik melihat kelibat serangga tersebut yang merupakan kejadian pertama kali berlaku di hospital berkenaan.

Doktor Marco Calix, pakar sakit puan yang merawat pesakit itu berkata: “Wanita tersebut memberitahu bahawa ada sesuatu yang luar biasa di dalam farajnya.

“Apabila saya menggunakan peralatan spekulum, saya segera dapat melihat bahawa ia adalah serangga. Serangga itu berupa seekor lipas,” kata Dr Marco lagi.

Tidak jelas bagaimana lipas itu boleh masuk ke dalam badan wanita tersebut atau berapa lama ia berada di sana.

Menurut Dr Calix, wanita itu dipercayai berasal dari ‘kawasan luar bandar’ dan serangga itu sudah mati sewaktu ia dikeluarkan.

Beberapa kes serangga berada di dalam badan manusia sering dilaporkan pada setiap tahun.

Doktor di sebuah hospital di Alabama mengatakan bahawa mereka menangani sehingga lima kes setahun bagi kejadian serangga tersebut.

BACA: Wanita Terpaksa Dibedah, Peluru Sesat Tembusi Kemaluan Ketika Sedang Berehat Di Rumah

Namun kebanyakan kes yang terjadi melibatkan anggota badan seperti telinga yang lebih terbuka.

Serangga yang masuk ke dalam badan boleh berbahaya kerana ia boleh mencakar tisu sensitif seperti di dalam faraj atau telinga sehingga boleh menyebabkan jangkitan.

Dr Calix turut menambah bahawa, serangga yang tersangkut di dalam faraj boleh menyebabkan lelehan yang tidak normal serta berbau busuk, pendarahan, bengkak atau ruam.

Sumber: Daily Mail

The post Wanita Datang Klinik Mengadu Tak Selesa, Doktor Terkejut Temui Lipas ‘Menyorok’ Dalam Alat Sulitnya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*