Polis Minta Bantuan Kesan Remaja 17 Tahun Dilapor Hilang

remaja perempuan 17 tahun hilang

Polis Minta Bantuan Kesan Remaja 17 Tahun Dilapor Hilang

Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang.

Permintaan perkara berkenaan dibuat menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di facebook Ibupejabat Polis Daerah Kluang, hari ini.

Menurut Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kluang, remaja perempuan berkenaan bernama Elly Ellyana Mohd Dom.

Elly serupakan seorang remaja perempuan berbangsa Melayu dan menetap di sekitar kawasan Taman Titiwangsa, Kluang.

Pihak polis juga berkongsi beberapa keterangan dan butiran peribadi remaja berkenaan.

Menerusi kenyataan berkenaan, Elly memiliki ketinggian kira-kira 157 sentimeter (cm) dan memilki berat dalam sekitar 52 kilogram (kg).

Remaja itu juga memiliki kulit yang cerah, muka berbentuk bulat serta tidak memakai sebarang cermin mata.

Dalam hantaran yang sama, pihak polis turut menampilkan satu foto Elly untuk dijadikan sebagai gambar rujukan kepada orang awam.

Remaja itu kali terakhir dilihat mengenakan sehelai baju hoodie berwarna hitam, sepasang seluar hitam dan bertudung hitam sebelum disahkan hilang.

Sungguhpun begitu, kenyataan yang dikeluarkan pihak polis tidak menyatakan lokasi remaja itu dilihat buat kali terakhir.

Masa dan tarikh remaja tersebut dilaporkan hilang turut tidak disertakan di dalam kenyataan yang sama.

Polis Kluang menyeru orang memiliki maklumat untuk bantu siasatan polis

Sehubungan itu, Bahrin berharap agar orang ramai dapat menghulurkan tangan untuk membantu pihak polis mengesan remaja ini.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis atau menghubungi IPD Kluang,” ujarnya.

Maklumat boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Noraini Otoh menerusi nomber telefon 07-7784222.

Selain itu, orang ramai boleh menyalurkan maklumat menerusi talian hotline ( 07-7766822), talian terus (07-7784256) dan tablet DCC (014-3656822).

BACA: ‘Made in Malaysia’ Pada Pintu Pesawat Alaska Airlines Timbul Tanda Tanya

Sumber: Polis Daerah Kluang via Facebook

The post Polis Minta Bantuan Kesan Remaja 17 Tahun Dilapor Hilang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*