Rempuh Kenderaan Di Putrajaya: Pemandu Treler Direman Empat Hari 

pemandu treler putrajaya

Rempuh Kenderaan Di Putrajaya: Pemandu Treler Direman Empat Hari 

PUTRAJAYA, 21 Sept (Bernama) — Pemandu treler yang terbabit dalam insiden rempuhan lebih sedozen kenderaan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong di sini semalam direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin yang membenarkan permohonan polis untuk siasatan kes tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada 10.15 pagi itu, yang melibatkan 14 kenderaan termasuk sebuah motosikal polis trafik, lori treler berkenaan melanggar barisan kenderaan yang sedang berhenti di laluan terbabit menyebabkan dua penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A.Asmadi Abdul Aziz semalam berkata dua mangsa yang maut itu dikenal pasti sebagai Faris Haziq Abu Bakar, 25, yang merupakan pekerja Pos Malaysia dan Yuswar Mohd Uyus, 39, pekerja di Mahkamah Ampang.

BACA JUGA: Dua Maut, Lori Langgar Beberapa Kenderaan Di Putrajaya

A.Asmadi semalam turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau bukti kemalangan tersebut agar membantu siasatan polis mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata pemandu treler itu tidak mempunyai rekod kesalahan trafik dan ujian air kencing yang dilakukan terhadapnya didapati negatif.

Sumber: BERNAMA

The post Rempuh Kenderaan Di Putrajaya: Pemandu Treler Direman Empat Hari  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*