“Research” Dari Rumah, Peter Drury Kongsi Persiapan Sebelum Ulas Perlawanan

Peter Drury kongsi persiapan

“Research” Dari Rumah, Peter Drury Kongsi Persiapan Sebelum Ulas Perlawanan

Klip video memaparkan Peter Drury sedang membuat persiapan untuk penampilan pertamanya pada Super Sunday hujung minggu lalu telah menjadi tular di media sosial.

Berdasarkan GIVEMESPORT, Drury diumumkan sebagai pengganti Martin Tyler yang meninggalkan organisasi berikutan berakhirnya musim 2022/23 sebagai suara utama liputan Liga Perdana untuk Sky Sport.

Tugasan pertamanya adalah mengulas perlawanan dari Stamford Bridge ketika Chelsea menerima kunjungan Liverpool dalam perlawanan berprofil tinggi.

Aksi yang dipamerkan atas padang sangat menghiburkan penonton sehinggakan ramai yang tidak menyedari perubahan pengulas utama bersama Jamie Carragher dan Gary Neville.

Drury berjaya menyesuaikan diri dengan baik melalui pendekatannya yang bersemangat untuk membuatkan perlawanan tersebut menjadi lebih menarik.

Peter Drury menunjukkan persiapannya untuk Super Sunday

Dalam video yang disiarkan di akaun X Sky Sports Premier League, pengulas berusia 55 tahun itu menunjukkan buku nota dan penyelidikannya.

Buku sebagai persiapan sebelum perlawanan besar itu dilihat sangat komprehensif.

Drury menjelaskan: “Inilah kita, ini semua kerja rumah yang saya lakukan sebelum perlawanan,” sambil menyelak halaman demi halaman nota.

“Nota mengenai setiap pemain, dan kemudian pasukan dan jurulatih dan formasi mereka serta pemilihan terkini,” sambungnya lagi dalam video tersebut.

Menurutnya, ia berbeza daripada penyelidikan asas yang dilakukan untuk memastikan fakta dan angka yang betul.

“Sedikit tentang persaingan Klopp/Pochettino, sejarah perlawanan baru-baru ini dan banyak lagi,” jelasnya mengenai persiapan tersebut.

Bersedia dengan setiap kemungkinan termasuk nomber jersi setiap pasukan

Tambahnya, peminat Liverpol mungkin berminat untuk mengetahui bahawa dia telah bersedia dengan nombor sembilan pemain Liverpool.

“Kerana kita mungkin dapat melihat Darwin Nunez, jika dia diturunkan,” kata Drury lagi dalam video tersebut.

Penyelidikan yang dilakukannya akhirnya menjadi kenyataan selepas Nunez diturunkan pada separuh masa kedua sebagai pemain gantian.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan akhirnya terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dalam keputusan masa penuh.

Penampilan sulung Drury juga dilihat berjaya apabila beliau mampu mengakhiri rancangan itu sehingga ke akhir perlawanan tanpa sebarang masalah.

Sumber: GIVEMESPORT

The post “Research” Dari Rumah, Peter Drury Kongsi Persiapan Sebelum Ulas Perlawanan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*