Resepi ‘Burnt Cheesecake’ Bentuk ‘Loaf’

Resepi ‘Burnt Cheesecake’ Bentuk ‘Loaf’

Perasan tak yang kebanyakan orang di Malaysia ni gemarkan cheese? Disebabkan itu, muncul makanan-makanan berasaskan keju seperti pisang goreng cheese, nasi lemak cheese dan pelbagai lagi.

Tetapi, bagi seorang penggemar cheesecake anda mungkin akan lebih suka makanan seperti cheesekut, yang merupakan kek keju yang menggunakan biskut, dan juga burnt cheesecake.

Kebiasaannya, burnt cheesecake mempunyai tekstur yang lembut dengan rasa yang berkrim. Selalunya, jika anda beli di kedai, kek itu akan berbentuk bulat. Jadi, apa kata anda cuba resepi ini di rumah untuk tukar bentuknya kepada bentuk roti, ataupun bentuk loaf.

Bahan-Bahan

Bahan-bahan yang anda akan gunakan untuk membuat kek ini adalah 350 gram cream cheese, 70 gram gula aising atau gula biasa, 10 gram tepung jagung dan 100 gram whipping cream. Anda juga memerlukan tiga biji telur ayam saiz B dan juga sebiji kuning telur.

Cara-Cara Membuat

Cara untuk membuat kek ini sangat mudah. Anda perlu masukkan cream cheese, setengah cawan gula, satu sudu besar tepung jagung, setengah cawan whipping cream, telur dan kuning telur ke dalam bekas.

Kemudian, anda gaulkan bahan-bahan tersebut hingga sebati. Anda boleh menggunakan mixer untuk menggaulkan bahan-bahan itu.

Setelah semua bahan digaul, anda tuangkan ke dalam sebuah bekas yang berbentuk roti. Pastikan anda telah meletakkan parchment paper ke dalam bekas sebelum anda tuang ke  bancuhan kek. Anda juga perlu memanaskan ketuhar terlebih dahulu selama lima minit dengan suhu 200 darjah Celcius.

Apabila ketuhar sudah panas, barulah anda masukkan bekas itu ke dalamnya dan bakar kek dengan suhu 220 darjah Celcius selama 28 minit.

Selepas 28 minit, anda bolehlah keluarkan kek tadi dari bekas sekali dan potongkan. Apabila sudah dipotong, barulah anda boleh hidangkan kek itu. Kek ini boleh dimakan ketika ia masih panas dan juga setelah anda sejukkannya. Rasa sedapnya tetap ada!

Sumber: Che Sayang Kitchen via YouTube

BACA JUGA: Resepi Lasagna Homemade Simple, Jom Cuba

The post Resepi ‘Burnt Cheesecake’ Bentuk ‘Loaf’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*