Takut Salah Beli, Guna Cara Ni Untuk Tahu Saiz Kaki Anak

cara tahu saiz kaki anak

Takut Salah Beli, Guna Cara Ni Untuk Tahu Saiz Kaki Anak

Setiap ibu bapa yang mempunyai anak kecil mesti mengalami masalah seperti tidak tahu saiz kasut si manja kerana tapak kakinya yang kecil.

Kadangkala para ibu bapa tidak dapat meneka berapa saiz tapak kaki anak mereka dan mula membeli kasut yang hampir sama saiz kakinya.

Sebenarnya, ada satu tip yang boleh membantu ibu bapa hilangkan kerisauan mereka, misalnya menggunakan petua yang dikongsikan oleh Zuk Zuhaiza di Facebook.

Dalam perkongsian tersebut, dia mengatakan teknik ini boleh digunakan ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Jelasnya, dia sudah mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam penjualan kasut dalam talian dan cara tersebut juga serba sedikit membantunya.

Tips ukur kaki anak untuk beli kasut dalam talian

Kredit: Zuk Zuhaiza/Facebook

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh para ibu bapa adalah dengan melukis kaki anak mereka. 

Caranya ialah letakkan kaki anak mereka di atas kertas kemudian ambil pensel nak lukis ikut kaki.

Selepas sudah melukis kaki anak, barulah ambil pembaris atau tali ukur untuk mengambil ukuran.

Letakkan pembaris atau tali ukur itu di bahagian paling hujung kaki di bahagian atas dan bawah.

Ambil ukuran kaki tersebut dalam centimeter (cm) kerana kebiasaannya penjual berjual beli dalam cm dan bukannya inci.

Setiap ukuran kaki anak yang diambil menggunakan tali ukur dan pembaris mestilah ditambah dengan satu cm.

Sebagai contoh, kaki anak yang diukur adalah 20 cm maka apabila mencari kasut dalam talian mestilah tambah satu cm, iaitu 21 cm.

Tidak digalakkan untuk menambah lebih daripada satu cm kerana risau anak tidak akan berasa selesa sekiranya kasut yang dipakai adalah besar daripada saiz sebenar.

Kemungkinan ibu bapa akan berfikiran jauh dan tidak mahu mengeluarkan duit yang banyak dengan membuat keputusan membeli kasut yang lebih besar daripada saiz.

Namun, ibu bapa juga perlu fikirkan tentang keselesaan anak-anak mereka dengan membeli kasut yang sama dengan saiz sebenar.

Semoga cara yang dikongsi ini memberi manfaat kepada semua.

Sumber: Zuk Zuhaiza/Facebook

The post Takut Salah Beli, Guna Cara Ni Untuk Tahu Saiz Kaki Anak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*