Restoran cari pekerja sambilan wanita saiz payudara cup D

Sebuah restoran di New Zealand menimbulkan kemarahan pengguna media sosial apabila mengiklankan jawatan kosong pekerja sambilan yang mahukan pemohon wanita yang memiliki cup payudara bersaiz D, lapor akhbar New York Post, semalam.

Gambar tersebut telah dikongsi di Twitter dan telah menimbulkan kemarahan netizen.

Catatan yang kini viral itu dikongsi di Twitter oleh Jack Kevorkian. Ia memaparkan gambar risalah dengan keperluan yang pelik.

Iklan itu dikeluarkan oleh Stumpers Bar and Cafe di Hokitika, New Zealand.

“DIKEHENDAKI: Kakitangan bar sambilan diperlukan. Pemohon mesti mempunyai payudara Saiz D, senyuman menawan dan ceria” kata iklan pekerjaan itu.

“Tetapi, Lelaki Juga Boleh Memohon,” tambah tulisan iklan tersebut.

Netizen yang berang telah membanjiri ruangan komen dengan reaksi marah mereka.

“Bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi petunjuk jelas anda akan diganggu pelanggan setiap hari,” tulis seorang pengguna. – Agensi

BACA:

Tular Rakaman Wanita Maut, Dilanggar & Digilis Berkali-kali Kereta Dipandu Teman Lelaki

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*