Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Ringgit Dolar AS

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) — Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS hari ini untuk hari ketiga berturut-turut kerana ketidaktentuan global terus mempengaruhi prestasi mata wang tempatan.

Selain itu ia turut dipengaruhi oleh jangkaan bahawa Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), Jerome Powell cenderung untuk menaikkan kadar faedah apabila beliau membuat ucapan di hadapan Kongres lewat hari ini dan penurunan tahap keyakinan terhadap ekonomi China.

Pada 6 petang, unit tempatan ditutup pada 4.6430/6470 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6385/6425 pada Selasa.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata gabungan pendirian Fed yang cenderung menaikkan kadar faedah di sebalik sentimen lemah di China benar-benar menjejaskan mata wang tempatan.

“Yuan didagangkan rendah dan ini biasanya bermakna ringgit yang lebih lemah ditambah lagi dengan jangkaan bahawa Powell akan menaikkan kadar faedah daripada menurunkannya dalam ucapannya nanti dan sesi soal jawab dengan ahli Kongres AS lewat malam ini,” katanya kepada Bernama.

Mengulas mengenai pergerakan dan impak bank pusat global terhadap ringgit, Innes berkata Fed pada umumnya adalah penggerak pasaran apabila ia berkaitan dengan mata wang Asia.

“Saya menjangkakan dolar AS akan didagangkan berbanding ringgit pada 4.68 melainkan Fed tidak menaikkan kadar faeedah atau data pekerjaan AS menjadi lemah serta inflasi teras jatuh dengan ketara,” tambahnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain kecuali euro.

Pada penutupan, unit tempatan melonjak berbanding pound Britain kepada 5.8975/9026 daripada 5.9220/9271, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2716/2746 daripada 3.2751/2781, bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 5.0678/0722 daripada 5.0676/0719 pada Selasa.

Unit tempatan mengukuh berbanding mata wang negara-negara Asean lain kecuali rupiah Indonesia.

Ringgit meningkat berbanding baht Thai kepada 13.3194/3381 daripada 13.3486/3666 pada Selasa, naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4546/4578 daripada 3.4551/4584 sebelumnya, turun berbanding rupiah Indonesia kepada 310.4/310.9 daripada 309.0/309.5, menambah nilai menjadi 8.34/8.35 berbanding peso Filipina daripada penutup 8.35/8.36 semalam.

BACA: Pengulas Amerika Panggil Intan Serah Dengan Nama Bapa, “Abah Mesti Tersedak”

Sumber: BERNAMA

The post Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*