Tak Endah Pingat, Budak Lelaki Patah Balik Ke Belakang, Bantu Rakan Lelah

budak lelaki bantu rakan lelah

Tak Endah Pingat, Budak Lelaki Patah Balik Ke Belakang, Bantu Rakan Lelah

Di antara kita semua mesti pernah merasai pengalaman merentas desa sewaktu zaman persekolahan dan kemungkinan itu adalah sukan kegemaran buat para atlet sekolah.

Pada waktu ini juga, kita akan dapat mengenal pasti sifat sebenar rakan-rakan kerana mereka cenderung untuk menunjukkan perangainya apabila perlawanan individu itu menawarkan hadiah lumayan. 

Sebagai contoh situasi, apabila dua kawan rapat memasuki sukan merentas desa itu dan berjanji untuk tidak meninggalkan sesama sendiri.

Namun persahabatan mereka diuji apabila salah seorang daripada mereka tidak larat untuk menyambung larian, membuatkan mereka teragak-agak untuk meninggalkan antara satu sama lain.

Situasi terharu, kanak-kanak lelaki bantu rakan lelah

Akan tetapi, perkara itu tidak terjadi kepada seorang kanak-kanak yang tular di media sosial baru-baru ini, menunjukkan dia sanggup menunggu kawan yang penat daripada tersenarai sebagai 10 teratas.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh @zenang10 di TikTok, ia memaparkan seorang budak lelaki sanggup berpatah semula ke belakang berbanding meneruskan larian untuk membantu rakannya yang lelah.

Pada awalnya, kanak-kanak lelaki yang memakai baju kuning itu berlari ke hadapan namun apabila dia menoleh ke belakang, dia melihat rakannya sedang terduduk kepenatan.

Kredit: @zenang10/TikTok

Situasi itu membuatkan kanak-kanak lelaki tersebut berlari ke arah rakannya kerana risau akan terjadi sesuatu kepadanya.

Kemudiannya, dia memapah rakannya yang memakai baju biru itu sambil berjalan menuju ke garisan penamat.

Kanak-kanak lelaki itu tidak mengendahkan sesiapa yang memotongnya semasa merentas desa itu kerana yang penting buatnya, kawannya selamat.

Rakannya itu dilihat sangat penat dan terpaksa mengambil rehat dalam setiap langkah yang diaturkan.

BACA: “Badan Jangan Bongkok,” Pemuda Beri Tips Merentas Desa Supaya Tak Rasa Penat

‘Biar saya gagal…’

Dia memilih untuk melakukan perkara itu kerana baginya, berjaya dengan rakan adalah perkara yang paling bermakna.

Daripada berjaya seorang diri tanpa mempedulikan kesakitan yang dialami rakan seperjuangan dalam memperjuangkan hal yang sama.

Kredit: @zenang10/TikTok

“Biarlah cikgu (saya) gagal, asalkan dapat tolong kawan,” kata kanak-kanak yang memakai baju kuning itu.

Kejadian itu membuatkan guru tersebut berasa terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut.

Video berdurasi 29 saat untuk berjaya meraih perhatian orang ramai dan rata-rata kagum dengan sifat yang ditunjukkan oleh kanak-kanak lelaki itu.

“Awak dah menang dik…awak lah pemenang sebenarnya,” kata salah seorang warga maya.

“Ala kenapa macam ini pun nak nangis,” ujar warga maya yang terharu dengan situasi itu.

Respect kau dik,” tambah netizen.

Bagi yang ingin melihat kejadian itu, sila tonton di bawah ini. Semoga ia menjadi penanda aras buat semua.

@zenang10

‘Biarla cikgu saya gagal, asalkan dapat tolong kawan’ 🥹😢 #rentasdesa2023

♬ original sound – Zenang – Zenang

 

Sumber: @zenang10/TikTok

The post Tak Endah Pingat, Budak Lelaki Patah Balik Ke Belakang, Bantu Rakan Lelah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*