‘Romantic Night – Judika & The Gang’ Gamatkan Axiata Arena Dengan 12,000 Penonton

Romantic Night - Judika & The Gang’

‘Romantic Night – Judika & The Gang’ Gamatkan Axiata Arena Dengan 12,000 Penonton

KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2023 – Malam tadi telah menyaksikan kehadiran hampir 12,000 orang penonton konsert ‘ROCKMANTIC NIGHT – JUDIKA & THE GANG’ yang berjaya menggamatkan segenap ruang Axiata Arena, Bukit Jalil bermula jam 8:00 malam dibawakan khas oleh syarikat penganjur acara dari Indonesia, Dua Anak Deo (DAD) Management.

“Saya ingin menyanyi habis-habisan kerana semangat ‘cinta’ yang diberikan oleh pembeli-pembeli tiket bukan sahaja dari Malaysia, bahkan juga Indonesia, Singapura serta Brunei agar dapat menghiburkan mereka semua sebaik dan juga semaksimal yang mungkin,” kata pemilik nama Judika Nalom Abadi Sihotang, 45.

Romantic Night - Judika & The Gang

Selain Judika, bintang-bintang popular Malaysia seperti Marsha Milan, Haqiem Rusli dan Shila Amzah serta artis-artis tamu dari Indonesia naungan DAD Management seperti Dnanda, Daniel Pattinama dan Dr. Axin turut menyerikan konsert pada malam tadi sebagai pembuka acara dengan menerima sorakan yang tidak kurang hebatnya.

Momen yang ditunggu-tunggu bermula apabila Judika muncul di tengah-tengah pentas dengan menaiki motor berkuasa besar melaungkan lagu Bukan Rayuan Gombal lantas menerima sorakan paling gemuruh menggamatkan seluruh ruang Axiata Arena.

Di antara lagu-lagu yang dipersembahkan pada malam tadi adalah Sampai Kau Jadi Milikku, Kisah Yang Ku Inginkan (duet bersama Shila Amzah), Putus Atau Terus, Jikalau Kau Cinta, Cinta Karena Cinta dan lain-lain.

Romantic Night - Judika & The Gang

Istimewanya, konsert malam semalam merupakan sebuah ‘family affair’ dimana Judika membawa keseluruhan ahli keluarganya untuk turut serta terlibat dalam konsert tersebut, seluruh arena menyanyikan lagu ‘happy birthday’ buat anak Judika yang baharu sahaja menyambut hari jadinya beberapa hari yang lepas.

Selain menyanyikan lagu-lagu hitsnya, Judika turut menyanyikan lagu Sejati oleh kumpulan Wings dan konsert bertambah gamat apabila Judika menyanyikan lagu Cindai yang dipopularkan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza dengan rendisinya yang tersendiri diiringi penari latar tradisional memeriahkan suasana ibarat sebuah festival kesenian.

Romantic Night - Judika & The Gang

“Sebetulnya, saya sudah mempersiapkan diri selama tiga hari berturut-turut sewaktu latihan kerana mahu memberikan yang terbaik untuk semua dan hasilnya semua yang hadir sangat gembira dan merasa ‘cinta’ yang saya tonjolkan pada malam ini, lebih istimewa kerana keluarga juga berpeluang melihat sendiri konsert sebesar ini yang pertama di Malaysia dan ia merupakaan kebangaan buat saya.

“Terima kasih sesungguhnya buat penonton yang hadir, ‘team’ yang terlibat, artis-artis undangan dari Malaysia dan juga Indonesia, serta kepada para penaja yang menjayakan konsert pada malam ini,” akhiri Judika.

The post ‘Romantic Night – Judika & The Gang’ Gamatkan Axiata Arena Dengan 12,000 Penonton appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*