Anak Payah Nak Telan Sayur, Ini Resipi ‘Pizza Nasi’ Yang Mampu Pikat Selera “Baby”

resipi pizza nasi anak

Anak Payah Nak Telan Sayur, Ini Resipi ‘Pizza Nasi’ Yang Mampu Pikat Selera “Baby”

Bagi pasangan yang ada anak kecil, pasti tahu betapa sukarnya untuk menyediakan makanan untuk anak terutamanya jika kanak-kanak itu susah untuk makan atau mengambil sebarang hidangan.

Sebenarnya agak mencabar untuk memastikan anak-anak makan dalam sehari kerana tidak semua makanan mereka mahu telan.

Walaupun sudah disediakan mengikut ketetapan yang ditetapkan, mereka masih tidak mahu menerimanya dan hanya memilih untuk minum susu sepanjang hari.

Perkara ini membimbangkan para ibu kerana ia boleh memudaratkan kesihatan anak-anak di mana khasiat dalam badan akan berkurangan menyebabkan mereka lagi senang terdedah kepada pelbagai penyakit.

Pun begitu, tidak salah jika para ibu mencuba resipi yang dikongsi oleh orang ramai di media sosial, antaranya seperti @mamysophea di TikTok ini.

Dalam perkongsian tersebut wanita itu berkongsi resipi tentang pizza nasi yang sangat sesuai untuk dimakan oleh anak-anak kecil.

Pizza nasi itu yang terlihat seperti telur dadar, sangat mudah untuk disediakan.

Mereka yang mahu menyediakan resipi ini perlu pastikan segala bahan perlu dihiris atau diparut supaya memudahkan bayi untuk telan makanan tersebut.

Mari ikuti perkongsian resipi tersebut di bawah ini. Semoga dapat membantu para ibu di luar sana!

Resipi Pizza Nasi

Kredit: @mamysophea/TikTok

Bahan-bahan yang diperlukan:

Telur (sebiji)

Nasi (satu senduk)

Isi Ayam (cincang/parut)

Bawang (cincang/parut)

Sawi (hiris halus) 

Lobak merah (cincang/parut)

Serbuk ayam (yang dibuat sendiri)

Minyak zaitun

Cara-caranya:

Letakkan nasi yang dilenyek dalam satu mangkuk atau bekas, kemudian tambah sebiji telur.

Selepas itu, ambil sayur sawi yang dihiris halus, lobak merah, isi ayam dan bawang yang dicincang, sedikit serbuk ayam dan gaulkan sehingga sebati.

Panaskan minyak kemudian tuangkan sedikit bahan yang digaul tadi dan ratakan.

Ulang perkara tersebut sehingga bahan campuran itu habis.

Usai siap dimasak, potong hidangan tersebut mengikut kesesuaian.

Susun hidangan dalam pinggan dengan menarik supaya dapat tarik perhatian kanak-kanak.

Siap.

Nota tambahan: Jika tidak mahu menggunakan telur, boleh gantikan dengan tepung gandum dan jadikan ia sebagai cucur.

@mamysophea

RICE PIZZA FOR BABY 8m+🤍 Menu yg sangat sesuai bagi anak yg reject nasi. Mommies tak perlu risau lagi Bahan: – nasi – telur – carrot – sawi – isi ayam -serbuk ayam Untuk baby 7m pon boleh guna resepi ni juga cuma tak perlu letak telur😄 Baby yg belum tumbuh gigi pon boleh makan juga tau! Gusi baby dah kuat untuk kunyah makanan bertekstur ni🥰 #babyfood #babyledweaning #blwideas #babyfoodrecipes #fingerfoodideas #resepibaby #ricepizza #anakrejectnasi #resepibaby8bulan

♬ original sound – danisaaa____ – Gadis hazell

Sumber: @mamysophea/TikTok

BACA: Sampai Masa Kena Tukar, Rupanya Ini Sebab Utama Kad Debit & Kredit Ada Tarikh Luput

The post Anak Payah Nak Telan Sayur, Ini Resipi ‘Pizza Nasi’ Yang Mampu Pikat Selera “Baby” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*