Polis Sarawak Sahkan Terima Laporan Tun Taib Dibawa Keluar Hospital

tun taib keluar hospital

Polis Sarawak Sahkan Terima Laporan Tun Taib Dibawa Keluar Hospital

Polis Kontinjen Sarawak telah mengesan satu hantaran tular di media sosial berkaitan kes membawa keluar bekas Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dari sebuah hospital.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah mengesahkan menerima laporan mengenai isu tersebut.

“Pihak polis kontinjen Sarawak mengesan satu posting tular melibatkan bekas TYT Sarawak yang telah dimuat naik dalam media sosial,” katanya.

Ujarnya, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

“Sehubungan dengan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan perkara ini dan tidak membuat sebarang spekulasi.

“Tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik pada Isnin.

BACA: Ahli KWSP Dibenarkan Guna Akaun 2 Untuk Beli Insurans Ahli Keluarga

Sebelum ini, tular satu laporan polis yang mendakwa Tun Abdul Taib Mahmud telah dibawa keluar oleh seorang wanita dari sebuah hospital swasta di Kuching pada lewat Sabtu.

Sumber: Polis Sarawak

BACA JUGA: Mayat Lelaki Lengkap Berpakaian Ditemui Dalam Longkang

The post Polis Sarawak Sahkan Terima Laporan Tun Taib Dibawa Keluar Hospital appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*