Rumput Padang Bukit Jalil Tak Kukuh Sebab Kurang Kena Cahaya Matahari – PSM

rumput bukit jalil

Rumput Padang Bukit Jalil Tak Kukuh Sebab Kurang Kena Cahaya Matahari – PSM

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memaklumkan bahawa keadaan tompok rumput di padang Stadium Nasional Bukit Jalil terjadi disebabkan oleh kurang pendedahan kepada cahaya matahari.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, rumput di kawasan tersebut tidak dapat menyerap sumber matahari dengan baik sekaligus melambatkan proses tumbesaran rumput tersebut.

Susulan kurang terdedah kepada cahaya matahari, PSM telah menggunakan ‘grow light’ bagi membantu merangsang pertumbuhan rumput tersebut.

“PSM telah menggunakan ‘grow light’ bagi merangsang pertumbuhan rumput di sekitar kawasan tompokan itu. Namun, ia tetap tidak tidak sama dengan keupayaan sinaran matahari semula jadi,” tulis kenyataan PSM tersebut.

Walau bagaimanapun, PSM optimis bahawa perkara itu dapat diatasi sepenuhnya menjelang perlawanan Kelayakan Piala Dunia.

Sebagai tambahan, PSM mendedahkan bahawa tempoh standard bagi penyediaan secara rapi bagi rumput padang sepatutnya mengambil masa sehingga 12 bulan.

Bagaimanapun, PSM hanya diberi tempoh sekitar lapan bulan bagi melakukan persediaan tersebut.

Selain itu, PSM turut menjelaskan bahawa keadaan hujan sepanjang minggu lepas juga tidak dapat membantu dalam penyediaan pertumbuhan padang baharu itu.

“Disebalik beberapa tompokan rumput yang tercabut, PSM masih berpuas hati dengan sistem perparitan yang baharu bagi padang tersebut,” tambah kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, PSM turut sempat mengucapkan ucapan tahniah mereka kepada pasukan Harimau Malaya dan peminat bola sepak yang hadir dalam perlawanan malam tadi.

PSM juga memaklumkan bahawa dalam tempoh satu bulan akan datang, mereka akan memastikan keadaan padang lengkap sepenuhnya menjelang kelayakan Piala Dunia.

Respon TMJ berkenaan keadaan padang di Bukit Jalil

“Padang itu sepatutnya diberikan lebih masa untuk akar dia (rumput) kuat. Macam padang Stadium Sultan Ibrahim.

“Tetapi pasukan kebangsaan hendak pakai secepat mungkin. Itu atas keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan stadium.

“Kalau saya, saya beri lebih masa. Sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan. Kontraktor ini kontraktor yang sama buat padang JDT,” kata TMJ.

Menurut TMJ lagi, perkara berkenaan sudah pun disebut semasa majlis penyerahan padang yang berlangsung pada Khamis.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

“Semalam semasa majlis penyerahan padang saya cakap kepada semua yang padang ni perlu lebih masa kerana akar dia belum kuat.

“Saya juga sampaikan kepada semua yang berada di situ yang padang tersebut akan terkopak esok semasa perlawanan,” kata TMJ.

Sumber: Facebook/Perbadanan Stadium Malaysia 

The post Rumput Padang Bukit Jalil Tak Kukuh Sebab Kurang Kena Cahaya Matahari – PSM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*