Kajian Dapati Aktiviti Berkebun Secara Tidak Langsung Dapat Kurangkan Risiko Terkena Kanser

Kajian Dapati Aktiviti Berkebun Secara Tidak Langsung Dapat Kurangkan Risiko Terkena Kanser

Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik mendapati penglibatan dalam aktiviti komuniti berkebun didapati secara tidak langsung mungkin dapat menurunkan risiko seseorang individu daripada diserang penyakit kanser.

Aktiviti-aktiviti dalam komuniti berkebun didapati membantu seseorang mengambil lebih banyak makanan berserat, meningkatkan aktiviti fizikal dan mengurangkan tekanan seseorang. Ketiga-tiga faktor diatas merupakan antara punca yang selalu dikaitkan dengan penyakit kanser.

“Membawa manusia berhubung dengan alam, melalui aktiviti komuniti seperti bercucuk tanam dapat membantu orang ramai untuk mengubah gaya hidup mereka ke arah lebih baik,” kata Jill Litt, seorang Profesor di Jabatan Pengajian Alam Sekitar, University of Colorado Boulder kepada Inside Precision Medicine.

Litt bersama kumpulannya yang mendapat tajaan daripada American Cancer Society, menjalankan kajian tersebut terhadap komuniti bercucuk tanam antara tahun 2017 hingga 2019.

Seramai 291 peserta, iaitu bukan ahli komuniti bercucuk tanam mengambil bahagian dalam kajian tersebut sebagai responden.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Peningkatan dalam pengambilan makanan berserat tinggi dalam diet harian

Menurut Litt et. al (2023) dalam sebuah artikel yang diterbitkan di dalam jurnal The Lancet Planet Health, individu-individu dalam kumpulan bercucuk tanam akan memakan serat secara purata lebih 1.4 gram berbanding orang biasa.

Anggaran pengambilan serat bagi orang dewasa di Amerika Syarikat ialah 15.9 gram setiap hari, yang mana ini disifatkan lebih rendah berbanding dengan kadar pengambilan serat yang disarankan iaitu sekitar 25 hingga 38 gram setiap hari.

Oleh itu, peningkatan kadar pengambilan serat sebanyak 1.4 gram setiap hari ini dilihat sebagai satu perkara yang baik dalam mempromosikan diet sihat.

“Setiap peningkatan satu gram serat dapat membawa kepada perubahan besar dan positif terhadap kehidup seseorang,” kata pengarang bersama, James Herbert yang juga merangkap pengarah dalam program pencegahan dan kawalan kanser di University of South Carolina.

Bukan itu sahaja, Litt turut menegaskan antara faedah serat adalah dapat memberikan kesan terhadap mendalam terhadap tindak balas keradangan dan imunisasi, dan ia merupakan perkara penting dalam pencegahan penyakit.

“Ia juga sering dikaitkan dengan fitokimia (bahan yang sering ditemui dalam makanan segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan) yang memiliki ciri-ciri anti keradangan secara universal.

”Meningkatkan jumlah pengambilan serat membantu seseorang untuk mengurangkan risiko terkena keradangan dan  masalah disregulasi metabolisme, yang mana mempunyai banyak implikasi terhadap penyakit-penyakit kronik.”

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Berkebun dapat membantu badan bergerak aktif

Selain itu, kumpulan bercucuk tanam juga mampu meningkatkan kadar kekerapan aktiviti fizikal selama hampir enam minit setiap hari dan 42 minit setiap minggu.

“Ramai orang tidak dapat memenuhi garis panduan gaya hidup aktif yang ditetapkan. Peningkatan kadar kekerapan aktiviti fizikal sebanyak 42 minit dapat mewakili 30 peratus daripada jumlah waktu yang disarankan untuk melakukan senaman iaitu, 150 minit,” kata Litt.

Beliau turut menegaskan, jika seseorang tidak bergerak aktif secara fizikal, terdapat pelbagai risiko untuk dijangkiti penyakit kronik termasuklah kanser.

“Banyak pihak menyeru orang ramai untuk bergerak aktif kerana ia penting bagi kesihatan mental dan fizikal. Perkara ini dapat mengurangkan keradangan, menambahbaik fungi sistem imunisasi, meningkatkan metabolisme dan mencegah obesiti ataupun mengawal berat badan.  Ia juga boleh menghalang paras insulin yang tinggi dalam darah, yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan kolon.”

Akhir sekali, pihak pengkaji mendapati responden-responden yang terlibat dalam kumpulan berkebun dilaporkan dapat mengurangkan tahap stres dan kemurungan, khususnya antara musim bunga dan musim luruh.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Semua pihak wajar berganding bahu dalam pemerkasaan hobi berkebun dalam kalangan masyarakat

Justeru, kajian tersebut menunjukkan bahawa sesiapa yang baru sahaja menceburi hobi bercucuk tanam bukanlah satu penghalang bagi mereka untuk berjaya.

Bukan itu sahaja, komuniti ini berkemungkinan dapat menyediakan solusi bagi memahami kehidupan masyarakat yang mengandungi pelbagai bangsa, umur dan jantina.

“Taman-taman sepatutnya dikenali sebagai ruang semula jadi yang kekal dan asas, sama seperti taman permainan, plaza dan beberapa infrastruktur sosial lain lagi.

“Perkara ini dapat dicapai menerusi instrumen perancangan seperti pelan pembangunan utama bandar dan kawasan kejiranan, ordinan zon, pajakan tanah jangka masa panjang dan mengadakan kolaborasi bersama badan awam seperti syarikat pembekal air dan pengurusan sisa-sisa akuatik  bagi memastikan bekalan air mencukupi sewaktu bercucuk tanam.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

BACA: “Manfaatkan Ruang,” Berbuah Lebat, Abang Ni Kongsi Hasil Tanam “Golden Melon” Di Kawasan Rumah

Sumber: Inside Precision Medicine

The post Kajian Dapati Aktiviti Berkebun Secara Tidak Langsung Dapat Kurangkan Risiko Terkena Kanser appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*