“SAYA MALU… TOLONGLAH JAGA AURAT” – BEKAS TUNANG AKUI MASIH TERKEJUT LIHAT ZARINA ANJOULIE PAKAI SEKSI

Semua sedia mengetahui mengenai hubungan antara pelakon Zarina Anjoulie dan tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey dikhabarkan sudah terlerai, selepas beberapa posting yang dimuat naik mereka berdua baru-baru ini.

Namun begitu, kemelut antara mereka ketika ini hangat diperkatakan apabila ahli perniagaan itu menerusi TikTok dilihat membalas komen netizen yang meminta supaya memujuk Zarina atau lebih mesra disapa Anju semula.

Dalam komen tersebut, Khazrul Elzey berkata, dia tidak okay untuk Anju, malah usahawan itu memberitahu bahawa dia tidak mampu menjaga perasaan pelakon itu, selain mengakui dirinya banyak kekurangan.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, Khazrul Elzey turut meluahkan rasa terkejut serta remuk hati apabila melihat penampilan seksi pelakon itu serta meminta Anju supaya menjaga aurat.

Dalam pada itu, Khazrul Elzey turut mengulas mengenai kenyataan Anju yang meminta tidak dijadikan sebagai bahan konten serta mengatakan hidup perlu diteruskan.

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA – SILA KLIK >>

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*