“Saya Pun Tak Guna,” Altimet Rela Lepaskan Lot Parkir Khas ADUN Kepada Yang Memerlukan

Altimet lot parkir khas

“Saya Pun Tak Guna,” Altimet Rela Lepaskan Lot Parkir Khas ADUN Kepada Yang Memerlukan

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman menyatakan kesediaannya untuk menggunakan parkir awam berbanding parkir khas yang disediakan untuk wakil rakyat di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat.

Altimet yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, berkata demikian selepas menerima reaksi kurang senang daripada pengguna media sosial.

Sebelum ini, seorang pengguna laman X yang bernama Reza Razali telah menimbulkan isu parkir khas berkenaan.

Hantaran itu dibuat untuk meminta agar sepuluh petak parkir khas ADUN dan Ahli Parlimen di PDT Hulu Langat itu diberikan kepada pengguna yang lebih memerlukan.

“Ada lebih kurang sepuluh lot khas untuk ADUN dan ahli Parlimen yang semua sihat belaka dan kiranya jarang sekali datang ke pejabat tanah ini.

“Saya lihat ramai orang tua ke sini dan perlu letak kenderaan jauh. Mungkin boleh utamakan lot khas ini kepada yang lebih memerlukan,” menurut hantaran Reza pada Jumaat.

Susulan muat naik itu, Altimet telah memberi respon dan bersetuju dengan cadangan Reza tersebut berkenaan parkir khas terbabit.

Selain itu, Altimet juga telah mengesahkan bahawa beliau belum pernah menggunakan lot parkir khas itu sejak menjadi ADUN Lembah Jaya.

Beliau juga mencadangkan agar perkara itu dipanjangkan kepada pegawai daerah Hulu Langat sewaktu kunjungan hormat beliau ke PDT tersebut dalam masa terdekat.

“Apa-apa pun saya akan lepaskan parkir saya di pejabat daerah sepanjang saya jadi ADUN Lembah Jaya.

“Untuk konteks, parkir awam kurang lebih 50 meter dari lokasi gambar-gambar ini. Saya boleh parkir di sana dan jalan. ALLAH masih lagi bagi saya rezeki kaki yang function teruk. Come on, feet,” tulisnya.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Dalam pada itu, Altimet menerusi hantaran yang sama turut memaklumkan bahawa akan membawa perkara itu kepada ADUN yang terlibat.

“Saya akan berjumpa dengan pegawai daerah dalam beberapa minggu lagi. Saya juga akan kepada ADUN lain jika mereka boleh melakukan perkara sama,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

The post “Saya Pun Tak Guna,” Altimet Rela Lepaskan Lot Parkir Khas ADUN Kepada Yang Memerlukan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*