Saudi Aramco Umum Keuntungan Bersih RM566 Bilion pada 2023

saudi aramco keuntungan 2023

Saudi Aramco Umum Keuntungan Bersih RM566 Bilion pada 2023

RIYADH — Syarikat minyak gergasi Arab Saudi, Saudi Aramco mengumumkan memperolehi pendapatan bersih sebanyak $121.3 bilion (RM566 bilion) pada tahun 2023, lapor Aramco.

Difahamkan, keuntungan tersebut menurun daripada rekod 2022 dan pendapatan itu merupakan statistik kedua tertinggi pernah diperolehi dalam sejarah syarikat itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (SEO), Amin H. Nasser berkata, kejayaan ini menyerlahkan lagi operasi, kebolehpercayaan dan asas pengeluaran kos rendah atau efektif Aramco.

Ia sekaligus mempamerkan komitmen berterusan Aramco terhadap pemegangnya sahamnya.

“Pada 2023, kami mencapai pendapatan bersih kedua tertinggi. Ketahanan dan ketangkasan kami menyumbang kepada aliran tunai yang sihat dan tahap keuntungan yang tinggi, walaupun berdepan masalah ekonomi.

“Kami juga menyampaikan kepada pemegang saham kami bahawa terdapat peningkatan dividen sebanyak 30 peratus dari tahun sebelum ini yang akan dibayar pada 2023 ( sebanyak $97.8 bilion bersamaan RM458.1 bilion),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 2022, syarikat itu mencatatkan nilai keuntungan tertinggi sebanyak $161.1 bilion (RM754.7 bilion) berbanding tahun lepas.

BACA: “Awaklah Yang Selalu Pakai AI Muka Saya Tu?” Siti Nurhaliza Akhirnya Bertemu Abang Foodpanda

Penurunan tersebut dapat dikaitkan dengan harga minyak mentah yang lebih rendah dan jumlah yang dijual termasuk pengurangan penapisan dan margin kimia.

Pun begitu, sebahagiannya turut diimbangi oleh pengurangan pengeluaran royalti, cukai pendapatan dan zakat yang lebih rendah pada tahun lepas.

Walau bagaimanapun, pada suku keempat 2023, syarikat itu merekodkan pendapatan bersih sebanyak $97.8 bilion (RM458 bilion) sejajar dengan konsensus penganalisis meskipun perlu membayar caj bukan tunai tertentu sebanyak kira-kira $1.5 bilion (RM7 bilion). 

Dalam pada itu, lembaga pengarah syarikat turut meluluskan dividen berkaitan prestasi $10.8 bilion (RM50.6 bilion) susulan pengisytiharan dividen asas $20.3 bilion untuk tiga bulan terakhir 2023 yang dijadualkan akan dikeluarkan pada suku penutup tahun ini.

Difahamkan juga, pelaburan modal Aramco pada 2023 mencecah $49.7 bilion (RM232.8 bilion), peningkatan sebanyak 28 peratus daripada tahun sebelumnya.

Pada 2024, syarikat itu menjangkakan pelaburan modal antara $48 bilion (RM224.8 bilion) hingga $58 bilion (RM271.7 bilion), berkembang sehingga sekitar pertengahan dekad.

“Perbelanjaan modal kami meningkat selaras dengan panduan ketika kami berusaha untuk mencipta dan memperoleh nilai tambahan daripada operasi.

“Kami percaya minyak dan gas akan menjadi bahagian penting dalam gabungan tenaga global untuk orang ramai dalam dekad akan datang, di samping penyelesaian tenaga baharu,” ujar Nasser lagi.

Untuk makluman, Aramco mengekalkan kapasiti mampan maksimum 12 juta tong (minyak) sehari dengan peningkatan fleksibiliti berikutan arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Sumber: Aramco, Arab News

The post Saudi Aramco Umum Keuntungan Bersih RM566 Bilion pada 2023 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*