“Saya Terima Dengan Berlapang Dada,” Fauziah & ND Lala Sah Bercerai

fauziah nd lala bercerai

“Saya Terima Dengan Berlapang Dada,” Fauziah & ND Lala Sah Bercerai

Ibu kepada penyanyi popular, Shila Amzah, Datin Fauziah Sarman mengesahkan dia dan suaminya, Datuk ND Lala sah bercerai selepas 34 berumah tangga.

Fauziah memaklumkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di akaun Instagram rasmi miliknya sebentar tadi.

Jelasnya, Datuk ND Lala yang juga merupakan seorang penyanyi melafazkan cerai pada Rabu lalu di sebuah masjid di ibu negara sebelum memaklumkan kepadanya melalui aplikasi WhatsApp semalam.

datin fauziah nd lala berpisah
Gambar: Instagram mamazie68

“Assalammualaikum semua. Alhamdulillah dengan izin-Nya dan kekuatan kasih sayang Allah kepada saya. Saya ingin memaklumkan kepada semua yang saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos 2023.

“Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (8 Ogos 2023) melalui WhatsApp,” kongsinya di media sosial itu.

Terima Dengan Hati Terbuka

Tambahnya lagi, dia menerima ketentuan itu dengan hati yang terbuka dan bersyukur diberikan kekuatan untuk memghadapinya.

“Alhamdullilah, Allah telah memberikan saya kekuatan yang sangat luar biasa untuk menerima ketentuan ini.

“Saya menerima segala ini dengan berlapang dada kerana saya yakin doa saya, doa insan-insan yang sentiasa ada di belakang saya selama bertahun-tahun ini adalah asbab untuk saya mendapat kehidupan yang lebih baik, tenang dan sempurna, in shaa Allah,” tulisnya lagi.

BACA JUGA: “Enam Hari Je Lagi,” Tunaikan Pesan Arwah Ibu, Majlis Pernikahan Ubai & Shila Amzah Diteruskan

Bagi mengelakkan status rumahtangga menjadi buah mulut ramai, Fauziah mengambil keputusan untuk memaklumkan perkara tersebut.

Gambar: Instagram mamazie68

Dia turut berterima kasih dan meminta doa daripada orang ramai agar dirinya diberikan kekuatan untuk menjalani kehidupan baharu.

“Saya menulis ini untuk menjelaskan status saya agar tidak timbul sebarang fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk tidak menafikan kenyataan yang telah tertulis dalam perkahwinan kami selama 34 tahun ini. Apa yang telah saya lalui telah saya redhakan dan In shaa Allah saya yakin aturan Allah SWT ini adalah yang terbaik buat saya.

“Doakan untuk saya terus kuat sebagaimana saya kuat selama bertahun-tahun hidup dalam penipuan. Apa yang telah menjadi sejarah akan saya titipkan sebagai nadi kekuatan saya dalam membina hidup yang lebih diredhai Allah tanpa menyakitkan jiwa sesiapa kerana saya sangat sedar, dosa sesama manusia ini sangatlah berat.

“Terima kasih untuk doa semua dan buat mereka yang ada dalam kisah saya yang sangat panjang dan payah untuk diungkapkan dalam baris kata. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas budi baik dan kasih sayang kalian semua,” katanya lagi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)

Shila Hamzah & Ubai Selamat Berkahwin

Terdahulu, anaknya, Shila Amzah selamat menjadi isteri kepada pempengaruh media sosial, Ubai dengan sekali lafaz pada Sabtu lalu.

Memetik Astro Awani, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 daripada Ubai.

Sumber: Instagram mamazie68

The post “Saya Terima Dengan Berlapang Dada,” Fauziah & ND Lala Sah Bercerai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*