207 Maut & 850 Cedera, Tiga Kereta Api Berlanggar Di India

207 maut kereta api odisha

207 Maut & 850 Cedera, Tiga Kereta Api Berlanggar Di India

Sekurang-kurang 207 orang penumpang maut dalam insiden tiga buah kereta api bertembung yang dilaporkan berlaku di Odisha, India semalam.

Kemalangan maut yang berlaku pada 2 Jun itu turut menyebabkan lebih 850 mangsa mengalami kecederaan.

Memetik laporan AFP, wartawan yang berada di lokasi kejadian, kira-kira 200 kilometer dari ibu negeri Bhubaneswar, melihat keadaan gerabak kereta api yang hancur dan berlumuran darah.

Gerabak-gerabak juga sudah terkeluar daripada landasan dan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa yang masih hidup di sebalik serpihan kereta api.

Sementara itu, beberapa mayat yang berjaya dikeluarkan ditempatkan di atas kain putih bersebelahan landasan kereta api.

“Setakat ini, 207 mangsa maut sudah ditemui dan angka ini berkemungkinan akan meningkat lagi. Kerja menyelamat masih dijalankan di lokasi kejadian dan mengambil beberapa jam untuk selesai,” kata Sudhanshu Sarangi.

Beliau merupakan Ketua Pengarah di Perkhidmatan Bomba Odisha.

Manakala Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Odisha, Pradeep Jena turut mengesahkan sebanyak 850 penumpang yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital.

“Keutamaan kami sekrang adalah untuk menyelamatkan (tpenumpang) dan memberikan sokongan perubatan kepada mangsa-mangsa yang mengalami kecederaan,” katanya.

Dalam pada itu, pengarah eksekutif Indian Railways, Amitabh Sharma memberitahu AFP hahawa kedua-dua kereta api yang terlibat merupakan kereta api yang dinaiki orang ramai.

Ketika pelanggaran tersebut berlaku, terdapat sebuah kereta api barangan yang turut terlibat dalam kemalangan itu.

Kereta api yang membawa barangan tersebut telah diparkir berdekatan dengan lokasi pelanggaran menyebabkannya turut menerima impak daripada insiden terbabit.

Kemalangan kereta api ini agak luar biasa dan mengejutkan orang ramai

Untuk makluman, kemalangan yang melibatkan kereta api bukanlah sesuatu yang luar biasa di India. Walau bagaimanapun, impak pelanggaran daripada kemalangan baru-baru ini telah mengejutkan orang ramai.

Salah seorang mangsa yang terselamat memberitahu wartawan dari stesen televisyen tempatan bahawa dia sedang tidur ketika insiden tersebut berlaku. Apabila tersedar, mangsa mendapati dirinya terperangkap di bawah beberapa badan penumpang lain.

Susulan itu, mangsa merangkak keluar daripada gerabak dan dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian leher dan lengan.

Beberapa stesen televisyen pula memaparkan imej-imej keadaan kereta api yang terbabas dari landasan serta orang ramai yang cuba untuk menyelamatkan mangsa yang masih hidup.

BACA: Dr. Zulkifli Puji Drama Korea, Babak Tepat & Sarat Dengan Ilmu

Sumber: AFP

The post 207 Maut & 850 Cedera, Tiga Kereta Api Berlanggar Di India appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*