Sebulan Bercerai, Farid & Diana Bakal Rujuk Semula

farid kamil rujuk diana

Sebulan Bercerai, Farid & Diana Bakal Rujuk Semula

Pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Dianelle menerusi laporan media mengakui bakal kembali bersama, lapor Astro Gempak.

Difahamkan, kedua-dua selebriti itu akan hadir ke mahkamah bagi proses rujuk semula.

Selepas bercerai pada 10 Ogos lalu, pasangan itu kembali menjadi topik hangat apabila tampil bersama dalam sebuah majlis.

Dalam acara hiburan Karnival Mega Suria yang bertempat di Petaling Jaya, Selangor semalam, Farid dan Diana menjadi buah mulut netizen selepas menghadiri acara itu.

Diana menegaskan semua perkara perlu mengikut proses yang ditetapkan dan dia tidak berada dalam fasa tergesa-gesa.

Tambahnya, selepas penceraian itu, dia tidak mengetahui perkara itu merupakan pengakhiran antara mereka kerana setiap hal ditentukan oleh Allah SWT. Oleh itu, mereka tidak berhenti berdoa.

Hasil tinjauan di laman media sosial di platform X, sebahagian besar memberikan maklum balas positif terhadap keakraban mereka.

Mengulas lebih lanjut mengenai isu rujuk kembali, pelakon filem Hanyut itu memaklumkan bahawa dia menyerahkan kepada Farid Kamil untuk menjelaskannya, lapor Astro Awani menerusi Media Hiburan.

“Saya rasa tidak perlulah untuk saya jelaskan secara terperinci. Saya izinkan Farid untuk bercakap hal ini dengan lebih lanjut jika ada pihak yang bertanya mengenainya.

“Saya pun sebelum ini memang banyak ‘reserved’ dalam hal berkaitan peribadi. Mana yang saya senang untuk kongsi, saya akan berbuat demikian dan begitu jugalah sebaliknya,” jelasnya lagi.

Anak-Anak Berharap Kami Satu Keluarga

“Anak-anak mengharap dan dalam doa mereka mendoakan agar kami tetap satu keluarga. Jadi saya rasa doa anak-anak pun turut termakbul. Alhamdulillah.” ujarnya  ketika ditanya mengenai anak-anaknya.

BACA JUGA: Farid Ceraikan Diana Danielle Talak Satu Secara Atas Talian

Jelas Diana, pada awalnya dia mahu menyimpan perkara yang baik itu untuk diri sendiri.

Bagaimanapun, setelah melihat pelbagai reaksi positif netizen menerusi video tular bersama Farid di media sosial baru baru ini, dia sangat terharu.

“Saya tidak boleh kongsikan terlalu banyak mengenai apa yang berlaku sebab sejak proses di mahkamah lagi, saya cuba untuk tidak ulas panjang. Ia sesuatu yang peribadi dan libatkan hal-hal keluarga.

“Apa yang boleh saya cakap, saya terharu dengan doa yang baik-baik daripada orang sekeliling. Saya ada rasa sikit kelegaan terutamanya bagi pihak anak-anak.

“Bagi saya, kalau ada sesuatu perkara yang boleh diperbaiki, terutamanya dalam hal melihatkan keluarga kita cubalah yang terbaik untuk cari penyelesaian.

“Bukan nak kata dulu tak ada kata sepakat cuma kadang kadang kita perlu lalui situasi yang berat barulah kita boleh perbaiki apa yang sepatutnya diri kami,” ujarnya lagi kepada Media Hiburan

Untuk makluman, hasil perkahwinan kedua pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu.

Sumber: Astro Gempak, Astro Awani

The post Sebulan Bercerai, Farid & Diana Bakal Rujuk Semula appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*