Sedang Dimuktamadkan, Perincian Akaun 3 KWSP Diumumkan Sebelum Hujung April

Sedang Dimuktamadkan, Perincian Akaun 3 KWSP Diumumkan Sebelum Hujung April

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan pihaknya sedang memuktamadkan mekanisme Penstrukturan Semula Akaun yang melibatkan pengenalan Akaun Fleksibel atau turut disebut sebagai Akaun 3.

Manakala pengumuman tentang perincian berkenaan akaun tersebut akan dibuat sebelum hujung April ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh KWSP ketika menjawab persoalan yang ditinggalkan seorang pengguna di ruang komen pada salah satu hantaran di Facebooknya.

Sementara itu, KWSP turut menasihatkan ahli supaya merujuk maklumat rasmi daripada pihaknya berhubung inisiatif ini dari semasa ke semasa.

Kredit: KWSP via Facebook

BACA: Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Bayinya Yang Baru Berusia Enam Bulan

Terdahulu. BERNAMA melaporkan Akaun 3 yang akan dilancarkan itu kelak akan merangkumi mekanisme serta kelonggaran pengeluaran kepada pencarum.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika menjawab satu soalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen PN di Dewan Rakyat pada 29 Februari lepas.

Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja via Facebook, Siakap Keli

The post Sedang Dimuktamadkan, Perincian Akaun 3 KWSP Diumumkan Sebelum Hujung April appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*