AmanahRaya Agih Bubur Lambuk Menerusi Program Rezeki Ramadan 1445H

AmanahRaya Agih Bubur Lambuk Menerusi Program Rezeki Ramadan 1445H

Kuala Lumpur,19 Mac 2024 — Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) hari ini meneruskan tradisi agihan bubur lambuk kepada pelanggan yang berkunjung di Ibu Pejabat dan Cawangan Kuala Lumpur. Edaran turut diadakan secara konsep ‘Pandu Lalu’ kepada orang ramai yang menggunakan laluan Jalan Melaka dan Jalan Ampang.

Sebanyak 800 set bubur lambuk dan air mineral diagihkan pada kali ini menerusi program Rezeki Ramadan 1445H yang merupakan insitiatif AmanahRaya dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Ahmad Feizal Sulaiman Khan yang turut serta dalam program tersebut berkata ‘program Rezeki Ramadan ini merupakan platform komunikasi di antara AmanahRaya dengan masyarakat sekitar selain daripada mengambil keberkatan sempena bulan Ramadan yang mulia ini.’ Tambah beliau lagi, ‘kami percaya ia merupakan inisiatif terbaik yang perlu dicontohi oleh semua pihak bagi mendekati masyarakat selaras dengan konsep Malaysia Madani iaitu bagi melahirkan masyarakat penyayang dan ambil peduli.

Program agihan tersebut yang bermula pada jam 4.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang turut dihadiri oleh barisan Pengurusan bersama lebih 100 orang pegawai Kumpulan AmanahRaya.

The post AmanahRaya Agih Bubur Lambuk Menerusi Program Rezeki Ramadan 1445H appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*