Selangor akan import telur ayam dari Thailand

SHAH ALAM – Selangor akan mengimport telur ayam dari Thailand bagi mengimbangi permintaan rakyat negerinya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri mengambil insiatif sendiri sementara menunggu usaha yang dilakukan Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan isu kurangnya bekalan bahan makanan itu di pasaran ketika ini.

“Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diberi tanggungjawab untuk mengimport telur ayam dari Thailand.

“Daripada segi jumlah dan bila telur ini akan masuk di pasaran negeri, itu saya tak pasti. Itu awak kena tanya PKPS,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Amanat Tahun Baru 2023 di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kekurangan bekalan telur ayam gred A, B dan C di pasaran negeri itu sehingga mengakibatkan keresahan daripada orang awam.

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan bahawa orang ramai boleh membeli telur gred biasa dalam program Jualan Ehsan Rakyat (JER) 2.0 yang dijangka bermula 15 Januari ini.

“Kita juga jemput Koperasi Hijrah Selangor (KoHijrah) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ke JER 2.0 untuk menjual produk mereka,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

The post Selangor akan import telur ayam dari Thailand appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*