KUALA LUMPUR: Selangor FC mengumumkan penyerang kebangsaan Jordan, Ali Olwan sebagai senjata baharu Gergasi Merah.
Pengumuan itu menyaksikan Olwan menyertai dua rakan senegaranya, Noor Al-Rawabdeh dan Reziq Bani Hani yang ketika ini sudah berada dalam skuad Gergasi Merah.
Lahir di Amman, Jordan, Olwan menjadi salah satu pemain utama buat skuad kebangsaan Jordan sejak berusia 21 tahun.
Dia yang kini berusia 24 tahun sudah membuat 42 penampilan dan beraksi sebagai pemain utama Jordan dalam 32 perlawanan termasuk ketika kejohanan Piala Asia 2023.
Dia juga meledak 12 gol bersama Jordan termasuk mencipta hatrik ketika menentang Malaysia dalam aksi persahabatan pada Oktober 2021.
Kehadiran Olwan pasti akan menambah kekuatan jentera serangan Selangor dengan skuad Gergasi Merah sudah meledak 12 gol dalam tujuh perlawanan selain 14 gol dalam Piala FA.
sumber: BH
Jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) akan dibuka bermula 26 Ogos hingga 24 September ini. Selangor menempah tiket ke final Piala FA selepas mengatasi Terengganu FC (TFC) menerusi agregat 6-4 untuk berdepan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT).