Selepas Everton Dihukum, Potensi Untuk City & Chelsea Disingkirkan Dari EPL Semakin Kuat?

city chelsea disingkirkan epl

Selepas Everton Dihukum, Potensi Untuk City & Chelsea Disingkirkan Dari EPL Semakin Kuat?

Hukuman penalti penolakan 10 mata yang dikenakan terhadap Everton kini menjadi topik perbincangan hangat dalam komuniti bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Everton berdepan dengan hukuman tersebut kerana didapati bersalah melanggar peraturan yang ditetapkan pentadbir liga berkenaan, FA England.

Kini, tumpuan beralih arah kepada dua buah kelab EPL lagi, Chelsea dan Manchester City yang turut berdepan dengan pelbagai pertuduhan melanggar peraturan liga tersebut.

Pemerhati berpendapat, untuk melihat kedua-dua kelab tersebut dikenakan hukuman pemotongan sebanyak 30 mata atau disingkirkan daripada liga secara automatik semakin menjadi kenyataan.

City & Chelsea berpotensi disingkirkan daripada EPL

Sebelum ini, Everton dikenakan pemotongan 10 mata kerana atas kesalahan tunggal. Tetapi, City pula dituduh terlibat dengan 115 pelanggaran peraturan, sekaligus secara logiknya hukuman lebih parah menanti.

Kes-kes City kini masih dalam siasatan dan dijangka mengambil masa sehingga 2 tahun untuk diselesaikan.

Manakala Chelsea juga berdepan dengan beberapa pertuduhan dan siasatan kes-kes tersebut juga masih berjalan. Namun begitu, pertuduhan itu seakan tidak dapat dielakkan kerana kesalahan itu telah didedahkan sendiri oleh pemilik kelab tersebut.

Todd Boehly dilapor mendedahkan bahawa kelab menerima pembayaran ‘besar’ semasa berada di bawah pemilik sebelumnya, Roman Abramovich.

Pembayaran ‘besar’ yang dimaksudkan itu pula disyaki melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan.

Man City dan Chelsea berdepan risiko penyingkiran

Memetik Daily Mail, penasihat kewangan menjangkakan bahawa Manchester City dan Chelsea berkemungkinan berdepan dengan risiko penyingkiran.

“Tanpa melihat keputusan hakim, penolakan 10 mata ke atas Everton merupakan hukuman berat bagi kesalahan Financial Fair Play (FFP) menurut pandangan saya.

“Tetapi apabila melihat kesalahan yang dilakukan City (jika terbukti) dan Chelsea pula, kedua-dua kelab ini berpotensi untuk disingkirkan daripada liga,” kata Stefan Borson.

Beliau adalah salah seorang peguam penasihat kepada City.

Sementara itu, menurut buku panduan rasmi Liga Perdana, Everton dipercayai boleh dikenakan hukuman yang lebih berat atas pelanggaran peraturan kewangan mereka.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Sumber: Skysports, Daily Mail

The post Selepas Everton Dihukum, Potensi Untuk City & Chelsea Disingkirkan Dari EPL Semakin Kuat? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*