Selepas Selangor, Jalan “Glow In The Dark” Kini Sudah Ada Di Padang Sanai, Kedah

JKR kedah jalan glow in the dark

Selepas Selangor, Jalan “Glow In The Dark” Kini Sudah Ada Di Padang Sanai, Kedah

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan memaklumkan jalan bercahaya dalam gelap (glow in the dark) kini sedang diuji di Jalan Padan Sanai/Durian Burung (K11), Kedah.

Perkara berkenaan dimaklumkan JKR melalui satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya pada Rabu.

“Lawatan tapak di Jalan Padang Sanai / Durian Burung (K11) bagi meninjau keadaan Garisan Jalan jenis ‘Glow in The Dark’ ketika waktu malam.”

Selain itu, hantaran tersebut turut dikepilkan bersama beberapa foto yang menunjukkan keadaan jalan pada waktu gelap.

Berdasarkan beberapa foto yang dimuat naik, garisan jalan yang memisahkan antara dua laluan dapat dilihat dengan sangat jelas pada waktu malam.

Dalam pada itu, hantaran tersebut telah meraih perhatian warga maya di Facebook apabila hantaran tersebut berjaya meraih kira-kira ratusan likes.

Rata-rata, pengguna menyambut baik usaha yang dibuat JKR dan yakin penggunaan teknologi tersebut dapat membantu pengguna jalan berkenaan.

 JKR Kedah 'Payung' Gambar Jalan 'Glow In The Dark' Buat Netizen Teruja
Kredit: Facebook

Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh JKR, dapat dilihat garisan tersebut mengeluarkan cahaya berwarna hijau lembut di dalam gelap.

Keadaan ini sudah tentu dapat membantu pengguna mengesan selekoh jalan pada waktu malam serta memastikan kenderaan berada dalam laluan yang betul.

JKR Johor Senaraikan Jalan Guna Teknologi ‘Glow In The Dark

Terdahulu, JKR memulakan fasa ujian jalan menggunakan teknologi tersebut di Selangor.

Menurut JKR, ujian berkenaan dilaksanakan di persimpangan Jalan Sg Lalang B19 dan Jalan Sg Tekali B16 di Semenyih.

Usaha untuk menaik taraf keadaan jalan raya menggunakan teknologi yang sama kemudian turut dilaksanakan di beberapa negeri lain.

Antaranya seperti diumumkan oleh JKR Johor yang menyenaraikan beberapa jalan dan akan menilai jalan raya untuk dinaik taraf menggunakan teknologi tersebut sebelum hujung tahun ini.

Difahamkan, kerajaan negeri Johor menerusi Belanjawan Johor 2024 telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi tujuan ini.

Menurut laporan Bernama, jalan raya yang terlibat dalam penaiktarafan ini akan menggunakan teknologi baharu tersebut pada tahun depan.

BACA: Mikroplastik: Sampah Kini Jadi Sebahagian Daripada Tubuh Kita

Sumber: JKR PT/PS

The post Selepas Selangor, Jalan “Glow In The Dark” Kini Sudah Ada Di Padang Sanai, Kedah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*