Varian Covid-19 JN.1 Kini Menular Di AS

Varian Covid-19 JN.1 AS

Varian Covid-19 JN.1 Kini Menular Di AS

LOS ANGELES, 21 Dis (Bernama-Xinhua) — Varian baharu COVID-19 JN.1 kini merebak dengan pantas di Amerika Syarikat (AS) sekali gus menjadi penyumbang kepada kes baharu di negara terbabit.

JN.1 mencatat 21.4 peratus jangkitan baharu di seluruh negara dan menjadi virus yang paling cepat menular setakat ini, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, lapor Xinhua.

CDC meramalkan JN.1 akan terus menular menjadi sebahagian daripada jujukan genom SARS-CoV-2.

JN.1 berkait rapat dengan varian BA.2.86 dan mula dikesan di AS pada September 2023. Menjelang akhir Oktober, virus itu menyumbang kurang daripada 0.1 peratus kes SARS -Virus CoV-2, menurut CDC.

Negara-negara Eropah termasuk Denmark, Sepanyol, Belgium, Perancis dan Belanda menyaksikan pertumbuhan eksponen melibatkan kes JN.1, disertai peningkatan kemasukan ke hospital.

Varian terbabit turut merebak dengan pantas di Australia, Asia dan Kanada.

Pada masa ini, tiada bukti bahawa JN.1 menyebabkan risiko kesihatan awam berbanding varian lain yang sedang menular, menurut CDC.

Bagaimanapun, pegawai kesihatan dan pakar menggesa orang ramai untuk mendapatkan vaksin COVID-19 untuk mengelakkan kesan virus yang teruk.

Lebih 22,700 pesakit COVID-19 dimasukkan ke hospital di seluruh negara setakat 9 Dis, tertinggi sejak Februari, menurut data CDC.

BACA: Pernah Tak Terfikir, Kenapa Kereta Tak Pakai Enjin Diesel? Ini Sebabnya

Sumber: Bernama

The post Varian Covid-19 JN.1 Kini Menular Di AS appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*