Punca Sering Diserang Sawan Terjawab, Doktor Temui Peluru Tertanam 30 Tahun Dalam Otak Lelaki

Peluru tertanam 30 tahun

Punca Sering Diserang Sawan Terjawab, Doktor Temui Peluru Tertanam 30 Tahun Dalam Otak Lelaki

Samdech Techo Voluntary Doctor Association (TYDA) pada 17 Februari lalu dilaporkan berjaya mengeluarkan peluru yang telah tertanam dalam otak seorang lelaki selama lebih 30 tahun.

Memetik Phnom Penh Post, pesakit itu berusia 35 tahun dan merupakan penduduk di Trapaing Krasaing daerah Komboul, Phnom Penh

Menurut Sim Sokchan, naib presiden TYDA dan pakar dalam pembedahan saraf berkata, pesakit masih dalam pemerhatian dan sedang pulih daripada operasi yang dijalaninya.

Pembedahan telah dijalankan di CMMC Jeremiah’s Hope di Mittapheap daerah Prampi Makara di ibu negara.

Pada awalnya, pasukan perubatan TYDA telah membuat X-ray di kepala pesakit dan mendapati satu peluru telah bersarang di sebelah kanan otaknya.

Mereka menjelaskan kepadanya bahawa terdapat kemungkinan untuk menjalankan pembedahan tengkorak dan mengeluarkan peluru tersebut. Namun, seperti kebanyakan pembedahan pasti akan ada risikonya.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

“Syukur kami berjaya melakukannya,” kata Sokchan kepada The Post pada 21 Februari.

“Anda mungkin pernah mendengar berkenaan dengan badan TYDA, kerana kami menjalankan pemeriksaan perubatan am untuk orang ramai. Jika terdapat penyakit serius, kami akan merujuk mereka ke hospital lain di Phnom Penh untuk rawatan,”tambahnya.

Tambah Sokchan, pada 12 Februari lalu pasukan perubatan TYDA telah melawat orang ramai di daerah Kamboul. Lawatan itu telah diketuai oleh presidennya, Pech Chanmony.

Ketika lawatan tersebut, pesakit berada di sana dan semasa bertemu dengan mereka dia diserang sawan kesan daripada peluru di bahagian otaknya.

Memetik ibu pesakit, Sokchan berkata bahawa ketika dia berusia tiga tahun, peluru yang dilepaskan daripada sumber tidak diketahui telah mengenai kepalanya. Disebabkan kejadian itu, dia tidak sedarkan diri dan koma selama dua minggu.

Menurut ibu pesakit, sejurus selepas kejadian, dia sering mengalami sawan yang serius dan seluruh badannya akan kejang.

Ibunya juga memberitahu bahawa, dia telah membawa anaknya itu ke sebuah klinik swasta untuk rawatan dan mereka memberinya ubat untuk membantu sawan.

Namun begitu, walaupun pesakit sudah mengambil ubat dalam dos yang tinggi, dia masih akan mengalami sawan. Malah ubat tersebut terdapat kesan sampingan seperti mengantuk lalu menyebabkan dia tidak dapat belajar atau bekerja.

“Semoga pada masa akan datang, kami dapat menghentikan pengambilan ubat-ubatan tersebut sekiranya dia tidak lagi diserang sawan. Setakat hari ini, selepas pembedahan 21 Februari lalu, dia masih belum mengalami sebarang sawan.

“Keadaannya juga semakin pulih dan tidak menunjukkan kesan mengantuk. Saya fikir prosedur pembedahan yang dijalankan oleh pasukan doktor sepenuhnya dari Kemboja telah berjalan lancar,” kata Sokchan lagi.

Sumber: Phnom Penh Post

The post Punca Sering Diserang Sawan Terjawab, Doktor Temui Peluru Tertanam 30 Tahun Dalam Otak Lelaki appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*