Wanita 70 Tahun Maut Kereta Dipandu Terbabas

wanita 70 tahun maut

Wanita 70 Tahun Maut Kereta Dipandu Terbabas

KOTA BHARU, 21 Dis (Bernama) — Seorang wanita berusia 70 tahun maut selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandunya terbabas berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Ibrahim, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 3.19 petang.

“Hasil siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati kenderaan mangsa dari arah Jalan Zainal Abidin bergerak perlahan dalam jarak 100 meter ke Jalan Sultan Ibrahim tanpa berhenti di simpang jalan.

“Mangsa ketika itu dipercayai tidak sedarkan diri dan kenderaan mangsa telah terbabas ke arah pembahagi jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA: “Mak Ditetak Berkali, Ditendang Dan Tumbuk” Masih Terbayang Detik Mak Dibunuh, Adik Hampir Diambil Pencuri

Beliau berkata siasatan awal tidak menemukan sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kemalangan itu.

Mohd Rosdi berkata mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II dan pemeriksaan mendapati warga emas berkenaan mempunyai rekod pelbagai jenis penyakit termasuk darah tinggi.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Dodoi Dengan Lagu Negaraku Baru Nak Tidur, Karenah Bayi Ini Buat Ramai Terhibur

The post Wanita 70 Tahun Maut Kereta Dipandu Terbabas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*