Semakin Popular Di TikTok, Ketahui Apa Itu NPC

Apa itu npc

Semakin Popular Di TikTok, Ketahui Apa Itu NPC

Seperti yang diketahui, aplikasi TikTok menjadi salah satu platform media sosial paling berpengaruh pada masa kini. Aplikasi daripada syarikat China, ByteDance itu ‘melahirkan’ pelbagai trend yang menjadi ikutan orang ramai di seluruh dunia.

Berbeza dengan aplikasi media sosial lain, TikTok tampil dengan cara unik untuk memikat penggunanya menerusi muat naik video pendek.

Sehingga kini, pelbagai trend telah menjadi popular di platform itu termasuk trend NPC menerusi siaran langsung.

Namun, apa yang dimaksudkan dengan NPC yang kini menjadi kegilaan orang ramai di platform tersebut?

Apa itu NPC

NPC merupakan akronim daripada Non-Player Character atau dalam bahasa mudah watak bukan pemain.

Umumnya, ia merujuk kepada watak tertentu yang terdapat dalam permainan atau animasi yang dikawal oleh artificial intelligence (AI) dan watak ini sudah tentunya tidak dikawal oleh pemain itu sendiri, lapor Techopedia.

Ia kebiasaannya diciptakan untuk berfungsi sebagai plot permainan atau animasi agar menjadi lebih menarik untuk dimainkan dan ditonton.

Sebagai contoh, dalam sebuah permainan anda bertemu dengan seorang pekerja kedai (ia tidak bergerak ke mana-mana). Ia wujud hanya untuk berinteraksi  atau membeli barangan permainan pada bila-bila masa sahaja anda suka. Itulah yang dimaksudkan dengan NPC.

Oleh itu, NPC mempunyai tujuan dan tindakan tertentu kepada pemain yang telah diprogramkan.

Di platform lain seperti Twitter dan TikTok, NPC ini menjadi slang iaitu sebagai cara untuk menggambarkan orang yang tidak berfikir dengan sendiri atau mungkin berkelakuan seperti yang diramalkan.

Trend Live NPC Di TikTok

Gambar: AFP

Seperti yang diketahui, trend NPC di aplikasi TikTok semakin menjadi ikutan generasi kini. Siapa sangka trend ini mula mendapat tempat dalam kalangan warga maya termasuk di negara kita.

BACA JUGA: Kisah ‘Urban Legend’ Kereta Api Zanetti Hilang Lepas Masuk Terowong Sejak 1911

Trend NPC di TikTok merujuk kepada individu yang cuba meniru gaya, perwatakan, kostum, suara atau aksi sesuatu non-player character tersebut.

Antaranya watak daripada animasi Saitama (One-Punch Man) dalam salah satu siri animasi popular di Jepun. Trend ini sering dilakukan menerusi siaran langsung di aplikasi itu (TikTok Live).

Menurut sportkeeda, trend ini menunjukkan individu yang bertindak seolah-olah mereka disuruh oleh seseorang (dalam live) dengan lakonan tertentu.

Sehingga kini, trend ini mempunyai hampir 2 juta video dengan hashtag NPC di TikTok.

Sebelum trend NPC ini mula dipopularkan, kita juga sering mendengar beberapa singkatan lain seperti “GOAT” yang membawa maksud Greatest Of All Time.

Perbezaaan NPC & CPU

Seperti yang diberitahu di atas, NPC merujuk kepada watak tertentu yang terdapat dalam permainan yang dikawal oleh AI. Ia lebih cenderung membantu pemain sepanjang bermain permainan.

Manakala CPU  bermaksud Central Processing Unit (Unit Pemprosesan Pusat). Tidak seperti NPC, CPU membolehkan watak-watak tertentu di dalam permainan dikawal oleh komputer seperti seseorang pemain sedang mengawalnya.

CPU merupakan komponen paling penting (otak) dalam sesebuah peranti elektronik seperti komputer, telefon pintar dan sebagainya.

Ia juga bertindak sebagai pengisi kekosongan pemain lain sekiranya tidak mencukupi bilangan pemain dengan mengawal watak tertentu.

Sumber: Business Insider, Sportskeeda, Techopedia

The post Semakin Popular Di TikTok, Ketahui Apa Itu NPC appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*