“Semalam Pergi Sekolah, Hari Ni Kahwin,” Gadis Curi Tumpuan Kahwin Sehari Lepas Tamat SPM

Kahwin Lepas SPM

“Semalam Pergi Sekolah, Hari Ni Kahwin,” Gadis Curi Tumpuan Kahwin Sehari Lepas Tamat SPM

Sebut sahaja pasal jodoh, sudah tentu ia merupakan rahsia daripada Allah SWT. Bila dan dengan siapa, cepat atau lambat adalah ketentuan dan perancangan daripada-NYA.

Tambahan lagi, setiap orang telah diciptakan berpasangan dan ia tertulis di Luh Mahfuz sejak azali lagi.

Seperti yang diketahui dalam Islam, Ijab dan Qabul merupakan penyatuan antara dua orang yang bukan mahram kepada sah sebagai suami isteri. Ia merupakan satu lembaran baru buat mereka yang bakal menempuhi alam rumahtangga bersama-sama.

Begitulah yang terjadi terhadap seorang anak gadis yang tular di media sosial baru-baru ini susulan berkahwin sehari selepas tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menerusi video yang dimuat naik oleh @harryzulhairi di TikTok memaparkan kelibat gadis yang dikenali sebagai Zetty.

“Semalam pergi sekolah, hari ni pergi kahwin…,” tulis perancang perkahwinan (wedding planner) tersebut di ruangan kapsyen.

Kahwin Lepas SPM

Dalam video berdurasi 59 saat berkenaan, Zetty dilihat sempat berpakaian sekolah sebelum lengkap mengenakan pakaian kahwin.

@harryzulhairi

semalam pergi sekolah, hari ni pergi kawin….. #fyp #foryoupage #fypシ #fypシ゚viral #fypp #pelaminmersing #pelaminrompin #pelaminendau #malaywedding #kerjakawin #pelamindewan #pelamincanopy #pelaminnikah #pelaminmini

♬ original sound – KroNoLoC – KroNoLoC🕸

Difahamkan, gadis berusia 18 tahun itu melangsungkan perkahwinan selepas baru sahaja selesai menjawab Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Dia bersama pasangan Hafiz berusia 22 tahun melangsungkan hari terindah mereka sebagai raja sehari di Mersing, Johor pada tanggal 16 Mac 2023 lalu.

Majlis berlangsung meriah dengan menyaksikan perarakan diringi pengapit dan jemaah rombongan. Lebih-lebih lagi cuaca pada hari berkenaan sangat cerah.

Majlis itu turut disulamkan dengan pertunjukan seni tari warisan, pencak silat yang dipersembahkan di hadapan raja sehari itu. Kedua-dua raja sehari itu tampak ceria dengan mengenakan pakaian busana pengantin dipercayai warna biru.

Menurut Zetty sewaktu dihubungi oleh pihak SK, keputusan untuk mengikat tali perkahwinan itu dibuat selepas kedua-dua belah pihak keluarga tiada masalah.

Ketika ditanya berkaitan kos majlis itu dan hala tujunya selepas ini, gadis dari Johor itu menjelaskan perkara tersebut.

“Nilai kos tunang kami dua ribu, manakala kos perkahwinan pula dalam RM25,000. Selepas berkahwin, InsyaAllah saya akan bekerja,” katanya.

Tambah Zetty, dia memilih jalan perkahwinan kerana suaminya sentiasa ada pada saat diperlukan.

BACA JUGA: Mufti WP Perjelas Hukum Bapa Buat Syarat Sebelum Kahwin

Reaksi & Komen Pengguna Di Sosial Media

Melihat ke dalam ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian mereka bersama. Bahkan ada sesetengah komen bergurau senda dengan diri sendiri susulan masih tiada jodoh.

Untuk maklumat, video ini telah mendapat lebih 2 juta tontonan dengan 195,000 tanda ‘Suka’ dan lebih 4,000 komen di TikTok.

Sumber: TikTok @harryzulhairi

The post “Semalam Pergi Sekolah, Hari Ni Kahwin,” Gadis Curi Tumpuan Kahwin Sehari Lepas Tamat SPM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*