Senang Je, Cara “Step by step” Nak Daftar Akaun PADU

cara daftar padu

Senang Je, Cara “Step by step” Nak Daftar Akaun PADU

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah melancarkan Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sehubungan itu, orang ramai dilaporkan boleh mendaftar akaun PADU bermula jam 12.30 tengah hari, hari yang sama selepas pelancaran rasmi tersebut.

Orang ramai dilapor mengambil kesempatan untuk mendaftar awal ke pangkalan berkenaan.

Difahamkan, PADU akan digunakan oleh kerajaan untuk pelbagai urusan termasuk dalam pengagihan subsidi bersasar apabila dilaksanakan kelak.

Mungkin ada kalangan kita masih merasa clueless ketika ingin membuat pendaftaran baharu dalam pangkalan data tersebut.

Jangan risau, proses pendaftaran akaun PADU sebenarnya sangat mudah dan anda hanya perlu ikut langkah-langkah pendaftaran yang kami kongsikan di bawah.

Sebelum membuat pendaftaran, anda perlu menyediakan beberapa item seperti telefon pintar dan kad pengenalan sama ada MyKad ataupun MyPR.

Telefon pintar akan digunakan untuk mengakses portal PADU dalam talian manakala dokumen peribadi pula untuk pengesahan eKYC (electronic Know Your Customer).

Selain itu, pastikan VPN (jika ada) pada peranti dimatikan kerana PADU hanya boleh diakses oleh peranti yang menggunakan alamat IP dari Malaysia sahaja.

Tak sampai lima minit dah ‘settle’, cara daftar PADU sangat mudah dan cepat

Apabila semua item telah disediakan, sambungan internet dihidupkan serta VPN telah dimatikan, ikuti langkah-langkah di bawah.

Pertama sekali, pergi ke laman web PADU dan pergi ke bahagian bawah untuk klik pada butang DAFTAR AKAUN.

cara daftar padu

Seterusnya, isi nama penuh, nombor kad pengenalan dan poskod seperti yang tertera di dalam kad pengenalan anda.

Kemudian, isikan nombor telefon terkini yang masih berstatus aktif berserta alamat emel.

OTP (one-time password) 6-angka akan dihantar ke nombor telefon yang diisi ketika pendaftaran.

cara daftar padu

Selepas itu, isi OTP berkenaan di laman web PADU untuk meneruskan pendaftaran.

Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian.

Apabila peranti anda telah disahkan, cipta kata laluan (password) yang kuat untuk akaun PADU.

Kata laluan mestilah memiliki sekurang-kurangnya lapan (8) karakter. Kata laluan yang dimasukkan perlu terdiri daripada gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan karakter unik (cth: @%$!?&).

Setelah langkah di atas selesai, anda perlu mengimbas satu kod QR yang diberikan menerusi telefon pintar untuk proses eKYC.

Kemudian, anda akan diminta mengambil gambar kad pengenalan pada kedua-dua bahagian berserta wajah anda.

Selepas maklumat diri disahkan, maka anda pun sudah memiliki akaun PADU sendiri.

Anda boleh mengemaskini maklumat seperti maklumat asas, alamat, pendidikan, isi rumah dan lain-lain lagi.

cara daftar padu

Mudah sahaja, selesai.

 

BACA: Tak Nak Daftar PADU? Jaga-jaga, Dua Risiko Ini Menanti

Sumber: PADU

The post Senang Je, Cara “Step by step” Nak Daftar Akaun PADU appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*