Senang Je, Ini Resipi Char Kuetiau Yang Dijamin Memikat Selera

resipi char kuetiau

Senang Je, Ini Resipi Char Kuetiau Yang Dijamin Memikat Selera

Selalunya, orang ramai akan mengambil peluang untuk berkongsi cara untuk memasak kuetiau namun tidak ramai yang kongsi mengenai resipi char kuetiau.

Pun begitu, individu di Facebook bernama EnazKitchen mengambil peluang kongsi cara membuat kuah char kuetiau memandangkan sajian itu adalah makanan kegemaran rakyat malaysia.

Menurutnya, dia telah menggunakan resipi itu semasa melakukan rumah terbuka dan hidangan kepada keluarga.

Mari ketahui resipi itu di bawah ini.

Resipi Char Kuetiau

(Resepi untuk 4~ 5 orang makan. Kalau nak banyak gandakan sukatan.

Kredit: EnazKitchen via Diari Resipi Bonda/Facebook

Bahan kuah kicap (boleh sediakan awal)

Satu liter air

Enam ulas bawang putih(ditumbuk)

Satu kiub ayam

Tiga sudu makan sos tiram

Dua sudu makan kicap pekat

Dua sudu makan kicap manis

Tiga sudu makan kicap sotong

Dua sudu makan gula

Garam

Caranya:

Satukan semua bahan kecuali garam. Didihkan selama 20~ 25 minit.

Dah siap baru letak garam.

Biar kuah rasa masin sikit.

Bahan pes cili (boleh sediakan awal)

100 gm cili kering (bersihkan)

Satu genggam udang kering

Satu labu bawang putih

Minyak masak secukupnya

Caranya:

Kisar semua bahan, tumis sampai garing dan pecah minyak. Siap boleh simpan.

Minyak bawang putih (tidak ada dalam gambar- kalau tak buat pun tidak apa)

Kisar satu labu bawang putih dan rendam dalam minyak (agak-agak secawan)

Bahan-bahan lain:

Udang yang dah dibersihkan

Tauge

Kucai

Kuetiau halus

Telur

BACA: Kuetiau Bukan Kuey Teow, Cikgu Zack Ajar Ejaan Makanan Bazar Yang Betul

Cara-cara memasak Char Kuetiau:

1. Panaskan satu sudu minyak bawang putih.

2. Goreng udang sebentar (ikut suka berapa ekor nak) boleh juga letak isi kerang kalau ada bila udang dah masak.

3. Masukkan satu sudu makan pes cili dan kacau.

4. Masukkan satu senduk kuah kicap char kuetiau (ikut suka banyak mana kuah yang kita nak).

5. Dah mendidih terus masukkan tauge, kucai dan kuetiau. Kacau-kacau sekejap sahaja jangan lama sangat nanti kuah kering.

6. Pecahkan telur, tutup api dan terus kacau laju-laju dan siap.

Sumber: EnazKitchen via Diari Resipi Bonda/Facebook

BACA: “Rasa Sejuk Badan,” Lelaki Kongsi Cara Buat ‘Air Hutan’

The post Senang Je, Ini Resipi Char Kuetiau Yang Dijamin Memikat Selera appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*