Sepakan Percuma Padu Ronaldo Tersasar, Terkena Kepala Jurukamera Di Belakang Gol

sepakan percuma ronaldo jurukamera

Sepakan Percuma Padu Ronaldo Tersasar, Terkena Kepala Jurukamera Di Belakang Gol

Seorang jurukamera yang bertugas dalam perlawanan Liga Pro Arab Saudi berdepan dengan pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan sepanjang kerjayanya.

Ia selepas bola sepakan percuma pemain bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dalam satu perlawanan singgah tepat di muka jurukamera tersebut. Kejadian itu turut dirakam oleh penonton dan menjadi viral di media sosial.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku pada 16 September lalu ketika Al-Nassr bertemu dengan Al-Raed di Stadium Raja Abdullah di Buraida.

Ketika kejadian, jurukamera berkenaan berada di belakang gawang gol Al-Raed. Manakala di atas padang, Ronaldo sedang bersiap sedia untuk mengambil sepakan percuma untuk kelabnya.

Tanpa disangka-sangka, bola sepakan percuma tersebut tersasar melewati bahagian tepi tiang gol belah kiri. Malangnya, bola berkenaan secara tidak sengaja tepat pula mengenai kepala jurugambar terbabit.

Reaksi penonton pada mulanya hanyalah sekadar respon kepada peluang menjaringkan gol yang dipersia-siakan pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu.

Namun, berdasarkan rakaman yang sama, dapat dilihat jurukamera itu menerima impak yang agak hebat bola daripada sepakan padu tersebut.

Jurukamera itu seolah-olah hilang sedikit keseimbangan dan hampir sahaja terlepas pegangan pada kren kamera yang dikawalnya.

Namun selepas itu, dia dapat mengawal semula situasi yang dihadapinya. Tetapi, kamera juga berjaya merakam aksi jurukamera berkenaan yang mungkin sedikit berang menjadi mangsa sepakan percuma tersasar Ronaldo.

Dia dilihat menendang beberapa kali bahagian kaki kren kamera yang dikawalnya, dipercayai bagi melepaskan geram.

 

Pada akhir perlawanan, Al-Nassr telah memenangi perlawanan terbabit dengan jaringan 3-1.

Selepas enam pusingan dalam kempen Liga Profesional Saudi, Cristiano Ronaldo merupakan penjaring terbanyak dengan tujuh gol setakat ini.

Peminat United laung ‘Viva Ronaldo’ di Old Trafford

Sementara dalam Liga Premier pula, peminat Manchester United mempamerkan sokongan yang tidak terbelah bahagi kepada bekas pemain pasukan tersebut.

Laungan tersebut dilaungkan selepas pasukan kesayangan mereka dimalukan di laman sendiri oleh Brighton dengan jaringan 1-3 pada hari yang sama.

Sebagi konteks, kontrak Ronaldo bersama kelab itu ditamatkan selepas kontroversi temu bual bersama Piers Morgan. Ronaldo seterusnya menandatangani kontrak bersama Al-Nassr selepas itu.

Dalam temubual tersebut, Ronaldo secara terbuka membuat pendedahan serta dakwaan berkenaan situasi-situasi semasa di Manchester United.

 

BACA: Tetap Ditutup Dengan Cadar, Tapi Kenapa Tilam Dijual Ada Jahitan & Corak Cantik?

Sumber: Marca, Sports Brief

 

The post Sepakan Percuma Padu Ronaldo Tersasar, Terkena Kepala Jurukamera Di Belakang Gol appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*