Sepinggan RM222, Rekod Nasi Kandar Sulaiman Pecah Lagi

Nasi Kandar Sulaiman pecah rekod

Sepinggan RM222, Rekod Nasi Kandar Sulaiman Pecah Lagi

Hari ini, restoran nasi kandar tumbuh seperti cendawan selepas hujan dan boleh ditemui di setiap pelosok tanah air kita.

Hidangan nasi yang dimakan bersama kuah banjir itu perlu diakui sudah menjadi sebahagian daripada budaya dan identiti negara ini.

Juadah yang dipopularkan oleh komuniti India Muslim itu hari ini boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira peringkat umur dan bangsa.

Aneka ragam lauk pauk berkari, menambah rasa surr nasi kandar yang pastinya mampu memikat selera mana-mana individu.

Salah sebuah restoran nasi kandar yang popular di negara ini adalah Nasi Kandar Sulaiman.

Terbaru, restoran berkenaan memaklumkan rekod termahal hidangan sepinggan di restoran tersebut sekali lagi dipecahkan oleh pelanggannya.

“Pecah rekod RM222. All time biggest record ever. Fuhh orang Penang lagi. Seorang makan semua ini. Amat-amat dasyhat.

“Kita tak paksa apa-apa dan kita bukan panggil dia makan. Dia sendiri mai makan dan buat rekod. Memang padu,” tulis perkongsian tersebut.

Difahamkan, hidangan bernilai RM222 terdiri daripada beberapa pilihan lauk termasuk seafood.

Menurut Nasi Kandar Sulaiman, lelaki itu memesan nasi dengan lauk sebanyak 16 ekor sotong, 10 ekor udang, ayam dua ketul, telur sotong, bendi, nasi dan kambing.

Perkongsian rekod terbaru itu turut disertakan dengan beberapa keping gambar hidangan yang dipilih oleh pelanggan tersebut.

Nasi kandar RM218

Terdahulu, rekod nasi kandar paling mahal direkodkan di restoran tersebut adalah bernilai RM218.

Hidangan berkenaan merupakan pesanan yang dibuat oleh pelanggan dari Pulau Pinang.

Menurut Nasi Kandar Sulaiman, pelanggan lelaki berkenaan memilih menu seperti sotong, udang dan ayam sebagai lauk utama hidangan tersebut.

Secara keseluruhan, lelaki itu memesan sebanyak 13 ekor sotong, 13 ekor udang, ayam dua ketul, telur sotong, bendi dan telur masin.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Terdahulu, Nasi Kandar Sulaiman mula berkongsi rekod pesanan nasi kandar termahal yang dipesan pelanggannya di laman Facebook.

Perkongsian-perkongsian yang dibuat pantas menjadi viral dan menarik perhatian warga maya.

Sumber: Facebook/Nasi Kandar Sulaiman

The post Sepinggan RM222, Rekod Nasi Kandar Sulaiman Pecah Lagi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*