Seram, Entiti Didakwa Sebagai Pontianak Dirakam Muncul Di Kompleks Imigresen JB

pontianak imigresen jb

Seram, Entiti Didakwa Sebagai Pontianak Dirakam Muncul Di Kompleks Imigresen JB

Satu kelibat entiti berwarna putih yang didakwa sebagai pontianak berjaya dirakam oleh seorang pengguna yang mendakwa penampakan itu berlaku di Tuas, Singapura.

Walau bagaimanapun, berdasarkan laporan Mothership, kejadian itu sebenarnya dikatakan berlaku di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor Bahru.

Kredit Adi Smartbox MYiptv/Facebook

Hantaran Facebook yang dimuat naik pada 3 Jun lalu telah menunjukkan satu entiti yang kelihatan seperti sosok wanita dengan rambut panjang dan berpakaian putih. Sosok putih itu dilihat berdiri berhampiran dengan kasau di bangunan CIQ tersebut.

Kredit Mohd Saiful/Facebook

Namun begitu, masih tidak diketahui tarikh dan hari sebenar gambar itu diambil oleh pengguna tersebut.

Hantaran itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang lain. Seorang netizen turut berkongsikan gambar lain yang menunjukkan entiti yang serupa berada di aras bawah.

Berdasarkan komen netizen pada hantaran muat naik gambar tersebut, mereka turut tidak menyedari lokasi sebenar penampakan entiti tersebut.

Terdapat juga komen yang mengatakan kehadiran entiti itu di lokasi berkenaan seperti seorang pegawai kastam yang sedang bertugas.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Seram, Kelibat Putih Jalan Mundar-mandir Di Wad Hospital Dirakam CCTV

Terdahulu, tular di media sosial Indonesia, satu rakaman memaparkan sosok yang didakwa bayang-bayang putih misteri. Sosok putih itu bergerak di hadapan katil pesakit di sebuah hospital, lapor Okezone.

Kelibat tersebut dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum dimuat naik di laman TikTok menerusi akaun @dunia_hantu.

Hospital sering dikaitkan dengan fenomena mistik terutamanya pada waktu malam dan kini kembali menjadi tumpuan selepas klip itu viral di media sosial.

Pada permulaan video, bahagian ruang pesakit itu berada dalam keadaan senyap dan sunyi di mana lampu juga dinyalakan, menerangi bilik rawatan bertirai hijau itu.

Tidak lama kemudian, muncul kelibat bayang-bayang putih berjalan mundar-mandir di bahagian tepi katil pesakit sebelum bergerak ke hadapan katil melalui langsir yang separa ditutup.

Jika dilihat dengan teliti, bayangan putih itu melakukan pergerakan hanya di sebelah katil pesakit dan di hadapan katilnya.

Dalam rakaman tersebut, jelas kelihatan kelibat bayang-bayang putih bergerak dan yang membuatkan ia lebih seram apabila figura itu adalah lut sinar.

Sumber: Mothership

The post Seram, Entiti Didakwa Sebagai Pontianak Dirakam Muncul Di Kompleks Imigresen JB appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*