Serba Salah Balik Raya Lepas Suami Tiada, Reaksi Keluarga Mentua Ini Buat Penonton Berair Mata

suami tiada keluarga mentua

Serba Salah Balik Raya Lepas Suami Tiada, Reaksi Keluarga Mentua Ini Buat Penonton Berair Mata

Dalam satu institusi kekeluargaan, pasangan memainkan peranan penting dalam membina jambatan hubungan antara mentua dan menantu.

Hal ini disebabkan, mereka diangkat sebagai sebagai pengikat kasih sayang antara kedua-dua pihak yang masing-masing merupakan orang asing pada asalnya.

Namun, apabila tonggak utama dalam menghubungkan kedua-dua pihak ini sudah ‘pergi’ buat selama-lamanya, adakah hubungan keluarga ipar dan mentua masih akan terjalin?

Segelintir daripada hubungan ini akan ‘terputus’ kerana kedua-dua pihak menganggap mereka sudah tidak memiliki apa-apa pertalian lagi tanpa disedari.

Walau bagaimanapun.sesuatu hubungan berjaya dipupuk dengan baik, pertalian tersebut masih kukuh dan tidak terlerai, tak ubah seperti masa sebelum pemergian orang tersayang.

Apa aku buat ni? Apa yang aku buat dekat sini?

Antara dilema yang sering melanda insan yang kehilangan pasangannya adalah perasaan khuatir apabila berhadapan dengan keluarga mentua mereka.

Kehilangan insan yang menyatukan kedua-dua pihak ini menyebabkan mereka cenderung untuk merasa tidak yakin dan mempersoalkan keberadaan diri mereka dalam keluarga mentua.

“Pasangan aku dah tak ada, adakah aku masih layak bersama mereka lagi ke?”

“Aku cuma orang luar, tak ada apa-apa.”

“Bagaimana layanan mereka terhadap aku, adakah sama seperti dahulu ataupun sebaliknya?”

Disebabkan persoalan dan rasa khuatir yang bersarang di hati, ada segelintir mereka cenderung untuk berdiam diri dan tidak lagi kembali ke pangkuan keluarga mentua, sehinggakan anak-anak sukar untuk mengenali datuk dan neneknya.

Inilah yang berlaku kepada wanita bernama Zyra dengan ibu mentuanya. Selepas pemergian suaminya, Johan, wanita itu melihat bahawa dirinya sudah tidak layak untuk bersama keluarga suaminya. Pun begitu, Zyra tetap menggagahkan dirinya membawa si anak pulang ke kampung walaupun terpaksa berhadapan kerenah dan persepsi ipar terhadapnya.

suami meninggal dunia keluarga mentua
Kredit: Zurich

Terkilan dengan kata-kata ipar yang mempersoal keberadaannya di kampung selepas si suami tiada, Zyra akhirnya meluahkan segala beban emosi yang sudah lama terpekung di dadanya.

“Dunia akhirat, Zyra tetap menantu mak, sampai bila-bila.”

Kata-kata tersebut telah menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran Zyra dan memujuk hatinya. Walaupun tanpa kehadiran sosok Johan, tiada halangan yang mampu memutuskan pertalian kekeluargaan tersebut.

Semuanya dek kerana sifat prihatin dan kasih sayang antara mereka yang ikhlas dan tidak berbelah bahagi.

Melindungi keluarga, walaupun sudah tidak berada di sisi mereka

Seperti yang dikatakan ibu Johan, anak lelakinya merupakan seorang anak, suami dan bapa yang baik. Sebelum pemergiannya, Johan telah berhempas pulas bagi menyediakan perlindungan kepada keluarga mereka.

Apabila adanya perlindungan oleh Zurich, ahli keluarga dapat hidup bersama dengan lebih erat, walaupun selepas kepergiannya buat selama-lamanya.

Marilah kita mengambil langkah ke hadapan untuk melindungi insan tersayang sambil menikmati ganjaran yang ditawarkan oleh pihak Zurich.

Untuk makluman, Zurich komited dalam menyediakan kestabilan kewangan bagi para pelanggan dalam jangka masa panjang.

Selain memberikan perlindungan peribadi dan orang tersayang, Zurich turut komited dalam menyediakan perlindungan terhadap kereta, rumah dan perjalanan anda.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web dan Facebook Zurich ,Youtube bagi meninjau pelan perlindungan yang bersesuaian dengan anda.

Bersesuaian dengan motto ‘Zurich Malaysia, Lindungi Segala Yang Bermakna’, marilah kita memberikan perlindungan terhadap semua perkara yang bernilai dalam hidup kita untuk menempuh masa depan yang tidak diketahui warnanya.



The post Serba Salah Balik Raya Lepas Suami Tiada, Reaksi Keluarga Mentua Ini Buat Penonton Berair Mata appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*