Mata “Blender” Tumpul? Guna Tiga Cara Ini Bagi Tajam Semula

Mata blender tumpul

Mata “Blender” Tumpul? Guna Tiga Cara Ini Bagi Tajam Semula

Perkakasan elektik memang diketahui memerlukan penjagaan yang teliti supaya fungsinya terjamin dan bertahan untuk tempoh yang lama.

Apatah lagi, banyak perkakasan ini dijual pada harga yang agak tinggi, antara RM 200 sehingga mencecah ribuan ringgit.

Antara perkakasan elektrik yang dijumpai di rumah adalah peti ais, kipas, periuk nasi dan juga mesin pengisar.

Jika salah satu barang di atas mengalami kerosakan, maka banyaklah kerja-kerja di rumah tergendala.

Jadi tak hairanlah, ibu-ibu khususnya begitu teliti dalam bab penjagaan barang eletrik, misalnya mesin pengisar.

Namun begitu, jika ia kerap digunakan, mata pengisar boleh menjadi tumpul dan tidak mampu untuk mengisar bahan menjadi halus.

Kalau mata pengisar sudah tumpul ada cara lain ke untuk bagi ia tajam semula? Atau anda perlu beli mesin pengisar baru?

Ibu-ibu jangan risau, sebenarnya ada cara untuk mengatasi masalah ini.

Jadi kali ini, SK nak bawakan perkongsian daripada @ainafeiyad berkenaan cara-cara untuk menjadikan mata mesin pengisar kembali tajam.

Menurut Aina, ada tiga cara mudah yang boleh dilakukan oleh anda semua.

Guna tiga bahan saja untuk tajamkan mata pengisar

Cara yang pertama adalah dengan mengisar sisa kulit telur yang ditambah sedikit air. Kisar kulit telur tadi macam biasa sehingga ia menjadi halus.

Kredit TikTok

Selain itu, cara ini juga boleh digunakan untuk menajamkan mata pencincang atau ‘chopper’ manual yang berada di rumah anda.

Tekstur kulit telur dipercayai dapat membantu mengasah mata pengisar menjadi tajam semula.

Cara yang kedua pula adalah dengan mengisar garam kasar. Kaedahnya masih sama, anda hanya perlu kisar bahan garam kasar sahaja sehingga ia menjadi halus.

Kredit TikTok

Cara yang terakhir adalah dengan mengisar ais ketul sehingga halus. Menurut Aina, kaedah terakhir ini sangat berkesan dan boleh membuatkan mata pengisar menjadi tajam seperti sedia kala.

Kredit TikTok

BACA: Ainan Tasneem Rancang Konsert Mini Dengan Tasha Manshahar, Peminat Minta Ajak Najwa Latif Sekali

@ainafeiyed

Kitchen Tips : Tajamkan pisau blender ✨

♬ original sound – ainasyafiqka – ainasyafiqka

Semoga bermanfaat.

Sumber: TikTok/@ainafeiyed

The post Mata “Blender” Tumpul? Guna Tiga Cara Ini Bagi Tajam Semula appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*