“Panjang Sangat”, Shuib Akui Berdebar Nak Sebut Nama Penuh Watie

shuib watie bernikah

“Panjang Sangat”, Shuib Akui Berdebar Nak Sebut Nama Penuh Watie

Pelawak terkenal, Shuib selamat dijabqabulkan dengan pasangan pilihan hatinya, Watie Hanifiah sebentar tadi.

Berita perkahwinan kali kedua selebriti terkemuka tanah air itu dibawakan secara ekslusif oleh Astro Gempak dan dimuat naik di Instagram portal berita berkenaan.

Menurut Astro Gempak, Shuib mengakui sedikit gementar untuk melafazkan akad nikah buat kali kedua dalam hidupnya.

Shuib turut antara perkara yang mendebarkan dia perlu menyebut nama penuh Watie yang agak panjang, iaitu Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah.

“Mestilah berdebar dan tak dapat yang bayangkan bagaimana indahnya nanti momen akad nikah saya bersama keluarga dan anak-anak dan cinta baru ini. Debaran tu tak tahu macam mana saya nak ungkapkan.

“Apa yang lebih mendebarkan juga sebenarnya ketika akad nikah nanti. Nama Watie ni dah lah panjang, nasib baik tak perlu sebut senafas tapi kena sekali jalan sahajakan.

“Apa-apa pun saya harap semua akan berjalan dengan lancar,” kongsi pelawak tersebut.

Shuib yakin Watie mampu menjadi pasangan yang cekal dan sabar ketika menjalani kehidupan baharu

Mengulas lanjut mengenai isteri baharunya, Shuib yakin bahawa wanita itu cekal dalam mendirikan rumah tangga bersama keluarganya.

“Watie ni saya boleh kata dia ada sifat keibuan yang semula jadi. Dia seorang yang boleh sabar melayani kerenah anak-anak saya.

“Ternyata, saya sendiri banyak belajar dengan dia bagaimana boleh bersabar dengan anak-anak ini.

“Insya-Allah saya yakin dia dapat sama-sama menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak saya,” katanya.

Untuk makluman, majlis pernikahan Shuib dan Watie telah diadakan di Putra Glass House, Shah Alam. Selain ahli keluarga pengantin belah Shuib dan Watie, majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran bapa arwah isteri pertamanya, Raisuddin Hamzah.

Sebelum ini, Shuib dan Watie dilapor mengikat tali pertunangan dalam satu majlis tertutup di kediaman wanita dekat Shah Alam pada 6 Mei lalu.

Manakala, Shuib atau nama sebenarnya Shamira Muhamad mengesahkan bahawa dirinya bakal bersatu dengan wanita pilihannya selepas bergelar duda selama hampir dua tahun.

Terdahulu, penyampai radio Suria FM tersebut pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni (11), Dzahira Talita Zahra (9), Ariq Matin (6), dan Ayash Affan (2).

Walau bagaimanapun, Allahyarham Siti Sarah telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 disebabkan jangkitan COVID-19.

BACA: Hilang Minat Belajar, Cikgu Dedah Ada Budak Darjah 6 Siap Upah Kawan Siapkan Kerja Sekolah

Sumber: Astro Gempak 

The post “Panjang Sangat”, Shuib Akui Berdebar Nak Sebut Nama Penuh Watie appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*